Alhamdulillah, Empat Beranak Terselamat, Pokok Tumbang Ribut Melanda

AIR PUTEH – Sepasang suami isteri bersama seorang anak dan menantu terselamat dalam satu kejadian pokok kelapa tumbang yang menghempap rumah mereka, ketika ribut dan hujan yang melanda kampung Lacuk Binjal, di sini.

Munah Ismail, 70, berkata, kejadian berlaku jam 9.00 malam ketika mereka sekeluarga sedang makan malam. Terdengar bunyi angin kuat di luar rumah dan tidak menyangka pokok kelapa berdekatan, akan menghempap bumbung rumahnya.

Menurutnya, menantu hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian belakang, apabila runtuhan bumbung mengenai badannya.

“Saya tidak menyangka, pokok kelapa berdekatan rumah akan menghempap rumah saya kerana pokok itu sebelum ini condong ke bahagian lain menyebabkan saya tidak bimbang apabila angin kuat.

“Saya terkejut setelah mendengar bunyi dentuman di bahagian dapur dan mendapati kayu bahagian bumbung patah,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kini bahagian dapur tidak boleh digunakan untuk memasak menyebabkan dia menumpang masak di rumah anak yang berdekatan.

Bencana yang menimpa Munah sekeluarga, mendapat perhatian Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman dan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Pendang yang turut datang melawat dan meninjau keadaan rumahnya.

-SinarHarian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.