Harakah menyatakan 'kehairanannya' dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mahukan penjelasan berhubung penghantaran salinan akhbar itu sedangkan "tiada surat tunjuk sebab dihantar" kepada akhbar PAS itu.
Sehubungan itu, pemangku ketua pengarangnya Taufek Yahya berkata, pihaknya sedang cuba menghubungi pegawai di kementerian berkenaan bagi mendapatkan penjelasan sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.
"Surat (tunjuk sebab) pun tidak ada, hendak jawap macam mana?" soal Taufek kembali ketika ditanya sama ada pihaknya akan mengabaikan arahan kementerian itu.
KDN hari ini dilaporkan memberi tempoh tujuh hari mulai kelmarin kepada Harakah bagi menjawab surat tunjuk sebab berhubung pelbagai isu berkaitan syarat penerbitan, termasuk kegagalan menghantar lapan salinan bagi setiap keluaran akhbar itu.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam dipetik berkata kegagalan akhbar itu menjelaskannya dengan memuaskan boleh menyebabkan permohonan permit penerbitannya yang tamat semalam menemui masalah.
Beliau dilaporkan berkata, surat tunjuk sebab itu diserahkan kepada Taufek, yang diarah menghadiri sesi pertemuan dengan pegawai KDN di kementerian itu, Isnin lalu.
Ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari ini, Taufek berkata beliau kesal dengan kenyataan Mahmood itu kerana ia didakwa tidak benar.
"Kita tidak gagal hantar, cuma lewat (hantar)," katanya sambil mendakwa isu permit juga tidak disentuh langsung dalam pertemuannya dengan KDN awal minggu ini.
"Dia (Mahmood) sendiri tidak hadir dalam pertemuan hari itu."
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan1 week ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
July
(467)
-
▼
Jul 08
(24)
- Exco Pahang Dirompak Wang Tunai RM300,000, Banyakn...
- Undi pos: Pemuda PAS sambut syor baru SPR, tapi sa...
- Kenyataan "Malaysia bankrap" untungkan PR, kata To...
- Alhamdulillah, Empat Beranak Terselamat, Pokok Tu...
- Mangsa Tembakan Polis di Johor Tuntut Keadilan
- Nampaknya Bukan Setakat Felda Sahaja Bangkrap, Mal...
- Mengapa Menteri Pilih Dialog Untuk Selesai Isu Felda
- Judi sukan, Nampaknya Pegawai Kerajaan Dipersalahk...
- Isu Felda: Timbalan Menteri, Pemimpin PAS ‘Berdeba...
- Nampaknya Nasib Harakah Akan Sama Seperti Suara Ke...
- Harakah 'hairan', minta penjelasan balas KDN... Na...
- PAS, PKR, kariah tidak terlibat demonstrasi esok
- Program Jelajah Anjuran UMNO Selangor Bakal disert...
- Lawyer Zul Yang Terus Busuk
- Usul 'Deepak, Rosmah taja Bala' Ditolak Parlimen.....
- Alat Kelamin Penyanyi Ariel Diperiksa Polis
- Setelah 100 Hari Pemergian Din Beramboi...
- Tindakan Polis Buru Raja Petra Dikecam Pakatan Rakyat
- PKR: Suara Keadilan Tetap Dicetak, Mungkin Lewat D...
- Sekitar Demo RUM: Kesatuan desak presiden KTMB ber...
- Ada Sebab Kenapa Polis Tidak Mahu Tangkap Raja Petra
- Ramalanku Benar Belaka: Jerman Tewas 1-0 Kepada Se...
- KM Melaka Bagi Arahan Supaya Operasi Cegah Pelacur...
- Kes Altantunya: Benarkah Razak Baginda tak Bersala...
-
▼
Jul 08
(24)
-
▼
July
(467)
0 comments:
Post a Comment