Oleh Fazli Othman
KUALA LUMPUR 21 Jun - Pendirian Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha jelas bahawa kerusi Parlimen Batu kekal milik Pengarah Strategik KEADILAN, Tian Chua seperti mana yang diputuskan mahkamah Khamis lepas.
Tian yang ditemui pagi tadi di lobi parlimen berkata keputusan hakim betul dan niat beliau adalah untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil.
"Bagi hakim, jika sesiapa yang tidak bersetuju, maka pihak tersebut harus mencabar keputusan tersebut di Mahkamah Rayuan.
"Kita mengambil contoh kes Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin di mana Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah yang kemudiannya dicabar di Mahkamah Rayuan yang mana akhirnya Mahkamah Rayuan menetapkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar," jelas Tian Chua.
Menurutnya, tafsiran hakim bahawa denda RM2,000 tidak akan menghilangkan jawatan sebagai ahli parlimen dan pihak terbabit yang tidak bersetuju boleh mencabar keputusan tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula ketika ditemui media berkata beliau berpegang kepada keputusan hakim yang mengatakan Tian Chua tidak hilang kerusi tersebut.
"Mahkamah sudah putuskan maka tidak lagi timbul lagi persoalan kerusi tersebut.
"Apa yang telah diputuskan hakim sudah jelas di mana beliau tidak mahu pilihan raya kecil diadakan kerana membuang masa dan wang rakyat.
"Sebab itulah hakim mengurangkan denda tersebut daripada RM3,000 kepada RM2,000, dalam kes Fan Yew Teng yang dibatal kelayakannya sebagai ahli parlimen Menglembu pada 1975 hakim tidak menyebut bahawa beliau tidak mahukan pilihan raya kecil dan di dalam kes Tian, hakim telah menyebut dengan jelas dan nyata," kata Nazri.
Dalam pada itu Nazri juga berpendapat Ahli Parlimen Batu itu tidak perlu merayu berhubung keputusan tersebut.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula berkata pejabat Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sedang menunggu keputusan rasmi Mahkamah Tinggi berhubung kes Ahli Parlimen Batu itu.
Katanya lagi, Speaker tidak boleh bergantung kepada laporan media semata-mata.
Speaker akan mengkaji penghakiman Ghazali sebelum memutuskan sama ada untuk membawa kes Tian Chua itu untuk dibahas di Dewan Rakyat.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan1 week ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
June
(251)
-
▼
Jun 21
(12)
- Video Hot & Terkini: Saat2 Penjara Pudu Diruntuhka...
- Korea Utara Dibelasah 7-0 oleh Amukan Portugal
- AMALAN DI BULAN REJAB
- RMK10 Hanya Fokus Pembangunan Fizikal, Pembinaan ...
- 'Pakatan Rakyat mampu Kuasai Sarawak Pada Pilihanr...
- Kerajaan Terengganu Tolak Bayaran Premium Felda
- Aku Percaya BN Tak Akan Adakan Piliharaya Kecil Ba...
- Pilihlah Mahu Masuk Penjara Untuk Kekal MP atau Se...
- Pasukan Pilihanku: Kehebatan Brazil sukar dibendung
- Batalkan projek insinerator
- Ketua Penerangan PAS: ‘Asri jangan korek lubang se...
- Suami Bongkar Kegiatan Isteri Berkhalwat Dengan Le...
-
▼
Jun 21
(12)
-
▼
June
(251)
0 comments:
Post a Comment