Gertak Bagi Amaran Kepada Pembangkang Jangan Halang Perhimpunan "Melayu Bangkit" Isnin Nanti

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) memberi peringatan kepada semua pihak terutama pembangkang supaya tidak menghalang perjalanan program perhimpunan “Melayu Bangkit” di Kuala Terengganu, Isnin ini.

“Kali ini saya minta semua pihak terutamanya pembangkang supaya tidak lagi menghalang perjalanan program ini,” kata Pengerusi Gertak Razali Idris beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Sebelum ini pembangkang menjadikan perhimpunan Melayu Bangkit sebagai permainan politik mereka dengan menyebarkan fitnah dan ia telah menimbulkan ketakutan dalam kalangan rakyat sehingga menyebabkan ia terpaksa ditangguhkan,” katanya.

Justeru kata Razali, beliau berharap perhimpunan minggu depan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan daripada mana-mana pihak.

Perhimpunan “Melayu Bangkit” yang sepatutnya diadakan pada 13 Mei lalu terpaksa ditunda atas aspek keselamatan.

Ia ditangguhkan ekoran bantahan pelbagai pihak termasuk PAS. Malah, MCA dan MIC, komponen Barisan Nasional juga membantah program tersebut.

Razali berkata pengisian program itu tidak berubah daripada rancangan asal iaitu membincangkan isu yang melibatkan kaum Melayu termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB), Wawasan 2020 dan perancangan ke arah penyatuan orang Melayu secara khusus.

“Konsep dan pengisian program tetap sama dan saya harap melalui perhimpunan ini orang Melayu dapat bersatu hati dalam mempertahankan bangsa dan agama tanpa mengira fahaman politk masing-masing.

“Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucaptama pada program ini dan saya harap orang ramai dapat hadir dan mendengar apa yang ingin dikatakan oleh beliau nanti,” katanya.

Perhimpunan itu turut mendapat kerjasama Institut Integriti Negeri Terengganu (IINT).

“Kita menyasarkan seramai 10,000 orang terdiri daripada masyarakat setempat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin politik akan menyertai perhimpunan ini.

“Selain itu, kita juga berharap pemimpin parti pembangkang dapat menghadirkan diri dalam perhimpunan ini dan memahami apa erta sebenar penganjuran perhimpunan ini sebelum membuat sebarang keputusan,” kata Razali.

2 comments:

  1. BIDA'AH DHOLALLAH....1400 TAHUN DULU, NABI SAW TIDAK PERNAH MENYERU KEPADA BANGSA ARAB UNTUK BERSATU DI BAWAH NAMA "BANGSA ARAB" TETAPI MENYERU MANUSIA KEPADA ISLAM.ITU YANG BERLAKU DI SEMENANJUNG TANAH ARAB DULU.

    KINI DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU(KINI MALAYSIA) ADA SUATU KABILAH YANG MENYERU BANGSA MELAYU BERSATU DI BAWAH NAMA "BANGSA MELAYU".

    BUKANKAH DUA SERUAN INI SANGAT BERBEZA....SATU NYA SERUAN KEPADA ISLAM DAN SATU LAGI SERUAN KEPADA "ASSOBIYAH".

    KEPADA SEMUA MELAYU(TEORINYA MELAYU ADALAH ISLAM)PILIHLAH MANA SATU IDAMAN KALBU.

    ALLAH SWT TELAH MENYEDIAKAN DUA TEMPAT "ISTIREHAT" MANUSIA KELAK, IAITU SYURGA DAN NEGARA...MAKA BUATLAH PILIHAN YANG SESUAI DENGAN ARAH TUJU YANG DIHAJATI, TEPUK DADA TANYA IMAN, KERANA KITA TELAH DITINGGALKAN OLEH NABI SAW SEJAK 1400 TAHUN DAHULU.SERUAN "ASSOBIYAH" TIDAK PERNAH DILAKUKAN OLEH NABI SAW.

    JANGANLAH KITA ADA NABI SELEPAS KEWAFAKATAN JUNJUNGAN BESAR KITA SAW.

    ReplyDelete
  2. Jika dilihat perhimpunan ini kononnya HENDAK MEMARTABATKAN BANGSA MELAYU. kena tanya kepada penganjur perhimpunan ini beberapa perkara yang perlu difikir sebelum berhimpun.
    1. perhimpunan ini sebenarnya perhimpunan UMNO yang telah terdesak.
    2. siasat latar belakang kumpulan ini, samaada dari kumpulan PERKASA, PAKIDA ATAU SEANGKATAN DENGAN GENG-GENG UMNO.
    3. Jika betul nak berhimpun dengan niat untuk bangsa melayu, ngo ini perlu perjuangankan apa yang telah dilakukan pemimpin dia orang.
    a. Isue KTMB TANGJONG PAGAR yang pemimpin dia orang meterai perjanjian.
    b. Isue yang melibatkan akidah agama islam.
    Banyak lagi perkara yang telah menghimpit hidup rakyat bawahan yang masih tidak terbela. kalau sekadar berjuang AKU MAU NAMA, lebih baik dibatalkan saja niat itu.CUKUPLAH SEJARAH MELAYU DIJAJAH INGGERIS, JEPUN, PORTUGIS, BELANDA DAN PERISTIWA BERDARAH 13 MEI YANG MENCALAR IMEJ NEGARA. KENA FIKIR NEGARA INI NEGARA MAJMUK, BERBILANG BANGSA, JANGAN DOK BELAGAK NAK JADI HERO KALAU TIDAK PERNAH MENEMPUH ZAMAN YANG DINYATAKAN TADI. Fikir dan renungkan, jangan dok GERTAK ORANG, melayu tulin pantang undur walau selangkah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.