Program Baru: Integrasi Insan Diperkenal Kolej Universiti Insaniah (KUIN)


Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) memperkenalkan kursus baru bagi melahirkan graduan berkualiti dengan mengadakan pakej pengajian terkini termasuk program Integrasi Insan (al-Quran) yang akan bermula pada Julai ini.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Insaniah, Profesor Madya Zakaria Man memberitahu, program elit itu adalah program pertama yang diperkenalkan di Malaysia.

"Dalam program ini, bakal pelajar boleh mendapatkan dua Ijazah Sarjana Muda sekali gus selepas mengikuti tempoh pengajian selama enam tahun (9 semester).

"Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka akan dianugerah Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz al-Quran dan satu lagi ijazah serupa dalam bidang lain berdasarkan pilihan masing-masing," katanya.

Zakariya berkata, keistimewaannya adalah penuntut berupaya menghabiskan hafazan al-Quran sebanyak 30 juzuk selain dapat menguasai pengajian dalam bidang profesional yang ditawarkan Insaniah seperti Kejuruteraan, Perbankan Islam, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan Teknologi Maklumat dan Sains Perubatan.

Kata beliau, program terbaru itu sudah pun mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), sekali gus mempunyai prospek cerah dalam pasaran kerja pada masa depan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.