ESOK: 1Malaysia One Israel - Usul rujuk Anwar ke JK parlimen Dibentang

BN bentang usul rujuk Anwar ke JK parlimen esok
BN akan membentangkan usul merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berhubung dakwaannya yang mengaitkan '1Malaysia' dengan 'One Israel'.

Lapan orang ahli parlimen - masing-masing empat dari BN dan Pakatan Rakyat - akan membahaskan usul tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz berkata beliau akan membentangkan usul tersebut dan akan disokong oleh ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, wakil BN itu berkemungkinan terdiri daripada Khairy, Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud), Datuk Nur Jazlan Mohamad (Umno-Pulau) atau Chua Tee Yong (MCA-Labis).

Manakala wakil Pakatan pula dijangka Azmin Ali (PKR-Gombak), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) atau Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

azlan

BN akan membentangkan usul tersebut ekoran dakwaan Anwar yang mendakwa '1Malaysia' yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada konsep 'One Israel'.

Ia dibawa mengikut perintah tetap 36(12) kerana didakwa mengelirukan Parlimen. Ketua pembangkang itu boleh digantung daripada menghadiri sidang parlimen jika beliau didapati bersalah.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh sebelum ini dipanggil untuk memberi penjelasan di Parlimen mengenai perkara itu, tetapi ianya ditolak oleh ahli parlimen kerajaan.

Ketua umum PKR itu juga mendakwa bahawa perkhidmatan Apco Worldwide - firma perunding beribupejabat di Washington - yang digunakan oleh pentadbiran Najib untuk 'komunikasi strategik' adalah di sebalik slogan '1Malaysia' dan 'One-Israel'.

Apco bagaimanapun, menafikan dakwaan Anwar itu, walaupun kerajaan mengesahkan telah membayar RM77 juta kepada firma berkenaan untuk kontrak perkhidmatan selama setahun.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.