Akhirnya.. MSU Umumkan Tahaluf Siyasi PAS Dengan PKR Kini SAH Terbatal




Majlis Syura Ulama (MSU) hari ini menerima usul dibawa dalam muktamar PAS lalu bagi memutuskan bahawa tahaluf siyasi mereka dengan PKR terbatal.

Perkara itu diumumkan setiausaha MSU, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh.

"Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa dengan merujuk begitu banyak pelanggaran syarat tahaluf siyasi, maka hubungun politik telah terbatal," kata Nik Zawawi.
Nik Muhammad Zawawi berkata keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.

Antaranya, kata beliau, tindakan PKR tidak menyokong - malah menentang - sebahagian daripada agenda Islam dibawa PAS.

Beliau memetik usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 sebagai contoh tindakan PKR itu.

Katanya, PKR juga melanggar adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej parti berkenaan.

"Khianat dalam hubungan politik dengan PAS.

"Antaranya dengan bebekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, mengenai isu di Selangor, MSU berkata, keputusan lanjut mengenainya diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat PAS.


MSU menjelaskan, keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.