Terkini!!! Pasaraya Giant Di Ipoh Terbakar..



IPOH: Pengunjung pasaraya terkemuka Giant cawangan Bandar Sunway Ipoh di sini mengalami detik mencemaskan apabila satu kebakaran berlaku di dalam pusat membeli-belah tersebut petang tadi.
 
Dalam kejadian sekitar 3:30 petang itu, suasana menjadi tegang dan kecoh apabila orang ramai mula menjerit dan memberikan amaran mengenai kebakaran yang berlaku di bahagian rak tuala pasaraya itu.
Difahamkan, ada di antara pelanggan yang cuba mencapai pemadam api kerana api merebak dengan begitu pantas.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Penguasa Bomba Zulkifli Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar 3.45 petang dan bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, setibanya jentera bomba di lokasi, mereka mendapati kebakaran berlaku di ruangan perkakasan dan melibatkan dua buah rak tuala dan kain, tetapi mujur tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan.
 
Operasi pemadaman berlangsung lebih daripada tiga jam dan kesemua orang ramai telah dikeluarkan ke tempat selamat.





BALAI : BBP IPOH
JENIS KEJADIAN : KEBAKARAN RAK PERKAKASAN
ALAMAT : GIANT BANDAR SUNWAY CITY.
TARIKH : 11/5/2017
TERIMA PANGGILAN : 1545


CATATAN : SETIBANYA JENTERA DI LOKASI KEJADIAN DIDAPATI KEBAKARAN MELIBATKAN 2 BUAH RAK TUALA DAN KAIN TELAH TERBAKAR DI DALAM PREMIS. TIADA MANGSA YANG DILAPORKAN MENGALAMI KECEDERAAN.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.