MEMALUKAN!!! CEO Zakat Pulau Pinang Direman SPRM, Nama & Gambar2 mereka Didedahkan...



GEORGE TOWN – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zakat Pulau Pinang (ZPP), Datuk Dr. Azman Abdul Samat bersama tiga pegawai kanannya dan tujuh kontraktor ditahan reman selama tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri semalam bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dan rasuah wang dana organisasi itu semalam.

Azman yang berusia 50 tahun diberkas di pejabatnya di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah pada pukul 10.40 pagi manakala yang lain dipercayai ditahan di beberapa lokasi berasingan di negeri ini dalam operasi Ops Miskin.
Azman telah memegang jawatan itu sejak tahun 1995.

Tiga pegawai kanan ZPP pula ialah Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti, Mohd. Wardi Ramli, 35, Pegawai Unit Pendidikan, Muhamad Hafizi Che Ani, 39, dan Ketua Bahagian Pembangunan, Kebajikan dan Sosial, Ruslan Harun, 40.

Tujuh kontraktor yang berpangkalan di negeri ini pula masing-masing berusia antara 41 hingga 52 tahun.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Abdul Aziz Aban berkata, penahanan ke atas mereka dilakukan hasil maklumat orang awam berhubung laporan kes penyelewengan dana ZPP dan risikan pihaknya sejak Disember tahun lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ada pegawai ZPP telah menerima barangan berharga, wang tunai dan cek daripada beberapa pemilik syarikat kontraktor dan agensi berkenaan di negeri ini.

“Perbuatan itu dipercayai sebagai dorongan kerana pegawai terbabit memberi projek atau kerja berkaitan program pembangunan masyarakat ZPP. Program tersebut dilaksanakan untuk golongan asnaf, anak yatim, mereka yang memerlukan termasuk pembinaan rumah.


“Selain itu, pegawai utama ZPP juga dipercayai memberikan bantuan permulaan pelajaran dan meluluskan biasiswa tahunan anaknya tanpa melalui Jabatan Hal Ehwal Agam Islam Pulau Pinang. Semua urusan itu dikesan berlaku sejak tahun 2014 hingga 2016,” katanya pada sidang akhbar di pejabat SPRM negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini semalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.