(Gambar) Gempaq: Mizz Nina, Isteri Noh Hujan Dirompak Ketika Berhenti Di Lampu Isyarat, Cermin Kereta Dipecah.. Jom Terjah!!!


Mizz Nina Dan Suami, Noh Hujan
PETALING JAYA: Penyanyi bertaraf antarabangsa, Mizz Nina mengalami situasi cemas apabila tingkap kereta yang dipandunya telah dipecahkan oleh individu yang tidak dikenali di Ampang Jaya.
Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 31, menerusi laman sosial Instagrammiliknya berkata, dia ketika itu berhenti di persimpangan lampu isyarat tempat kejadian sebelum dirompak dan telah kehilangan beg tangan miliknya yang diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu.
"Kereta saya dipecah dan beg tangan saya dirompak di persimpangan lampu isyarat Ampang Jaya.
"Pesanan buat pemandu wanita, letakkan beg tangan anda di bawah tempat duduk kereta," katanya.
Entri foto yang dimuatkan dalam Instagram milik Mizz Nina.
Berdasarkan masa entri foto tingkap kereta pecah di bahagian kiri yang dimuatkan pada Instagram penyanyi itu, kejadian rompakan berlaku sekitar tengah hari Isnin.
Isteri kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh itu turut berkata, ia merupakan satu pengajaran yang besar buat dirinya gara-gara terlupa untuk meletakkan beg tangan itu di tempat yang selamat.
"Saya belajar dengan kesilapan yang telah berlaku. Kadangkala wanita sering lupa untuk meletakkan beg tangan mereka di tempat yang selamat.
"Jangan buat seperti apa yang telah saya lakukan," katanya di laman Twitter pula.
Sementara itu, Mizz Nina gagal dihubungi untuk mendapatkan kenyataan lanjut berhubung kes berkenaan.
Pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Riz yang dihubungi mStar Onlinememberitahu, dia turut gagal mendapatkan penyanyi itu untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.
Difahamkan, ia merupakan kejadian pertama menimpa penyanyi yang popular dengan lagu Take Over (menampilkan Florida) itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.