Video2 Dan Gambar2 Himpunan BERSIH Yang Diadakan Serentak Di Luar Negara... Hebat.. Kenapa Tiada Gangguan Dari Pihak Polis?

Di London





… dan pula kita perhatikan beberapa perhimpunan protes agar pilihanraya di Malaysia lebih adil dan saksama yg diadakan di luar Negara termasuk Taiwan, Australia, Jepun, Hongkong, Mesir, London, New Zealand.






Di Australia ‘unjukrasa’ ini juga dilakukan di Sydney yg lapurkan lebihkurang 300 orang yg hadir, di 200 di Perth, 150 di Adelaide, 40 di Canberra dan 100 di Brisbane. Walaupun tidak seramai di Malaysia tetapi itu sudah cukup untuk menggambarkan ramai masyarakat kini termasuk kepada mereka diluar sana semakin muak dengan konsep pilihanraya di Malaysia.

Di Auckland New Zealand para penyokong telah berkumpul didepan kedutaan Malaysia bersama mereka dari Tobago, Kanada, Tonga dan Samoan.




Manakala di Hong Kong pula geng geng Bersih ini mengucap terimakasih kepada pasukan Polis disana yg member kerjasama yg baik ketika mengawal perjumpaan mereka. Seolah olah mereka merasa ajaib dengan kemesraan yg diberi pihak polis ketika mereka membuat perhimpunan disana.



Begitu juga di Osaka Jepun, ramai dari mereka yg terdiri dari anak anak muda berkumpul ramai ramai dam melahirkan rasa kerkesalan terhadap kerenah kerajaan Malaysia dalam melaksanakan piliharaya nya.



DiMesir telah dikeluarkan arahan supaya pelajar Malaysia tidak membuat perhimpunan, mengedar baju-T dan sebagai nya. Tetapi 9hb kelmarin berlaku juga dan begitu raamai para pelajar yg mengambil bahagian, perhatikan.


Begitu jua di London kebangkitan ramai disana menyuntikan semarak luahrasa mereka dengan kekejaman gaya piliharaya di Malaysia.


Jangan sangka anda keseorangan sahaja dalam isu ini dan kita perhatikan mereka dari seluruh Dunia bersama Kita!

1 comments:

  1. paparkan dalam Harakah, suara keadilan dan media cetak Pakatan untuk tuntonan rakyat yang tidak didedahkan keadaan sebenar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.