Panas Terkini!!! Program Susu 1Malaysia (PS 1M) Dihentikan Serta Merta Di Johor .. Apa Disebalik Pemberhentian Program Ini???



SENAI - Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mengambil tindakan segera dengan memberhentikan sementara Program Susu 1Malaysia (PS 1M) bagi negeri ini, bermula hari ini.

Salinan maklumat laporan kes yang diberikan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Azhar Ahmad kepada Sinar Harian menyatakan pada 18 Mei 2011, jam 4 petang, seramai tiga guru telah merasa terlebih dahulu susu tersebut sebelum diberikan kepada 176 murid yang terdiri murid darjah satu dan darjah dua

Dalam masa 10 minit, terdapat pelajar mengadu sakit perut dan pihak sekolah telah menghantar murid yang terlibat ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) seramai 23 orang dan tiga murid ke Klinik Ehsan Kempas.

Tiga murid yang dihantar ke klinik terbabit disahkan mengalami alahan dan bukan keracunan makanan oleh doktor dan kemudian telah dirawat.

Jabatan Kesihatan Negeri dalam kenyataannya memaklumkan siasatan terhadap sekolah telah dilakukan semalam dan beberapa pihak sekolah telah ditemu ramah selain memeriksa stor penyimpanan susu PS1M.

Di dalam kenyataan tersebut memaklumkan baki susu yang belum diminum telah disimpan dalam keadaan baik dan berhawa dingin, selain program susu terbabit akan dinilai semula setelah hasil analisis makmal diperoleh dalam tempoh tujuh hari bekerja.

Laporan kenyataan turut memaklumkan, penghantaran susu ke sekolah bertarikh 16 Mei 2011 menggunakan lori di mana lori bergerak dari Gudang Saleng, Kulaijaya pada jam 7 pagi dan jadual penghantaran adalah kepada tiga buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Seri Alam, SK Kopok dan SK Kampung Maju Jaya.

Penghantaran ke sekolah yang terlibat adalah yang terakhir sekali di mana masa serahan di sekolah pada jam 2.15 petang dan diterima oleh GPK HEM 60 karton.

Dalam kenyataan itu turut menyebut persampelan dijalankan di mana pegawai mengambil 11 sampel untuk dihantar ke makmal dan dianalisa bakteria enteric patogenik.

Siasatan di gudang simpanan pada tarikh 19 Mei mendapati suhu di gudang 27C dan rekod suhu penyimpanan dalam lingkungan 27C hingga 29C dari tarikh penerimaan stok susu pada 10 Mei hingga 13 Mei selain kawalan makhluk perosak dijalankan tiga bulan sekali dan direkodkan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.