Americk Cabar Annuar (bekas s/u DS Anwar) Ke Sidang Media Hari Ini Jawab Dakwaan

SHAH ALAM 24 Julai - Peguam Americk Sidhu mencabar bekas Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tampil bersama dalam sidang media yang akan diadakan hari ini untuk mempertahankan dakwaan beliau terhadap tiga peguam kepada belas penyiasat persendirian - Americk, Manjeet Singh Dhillon dan Amarjit Singh Sidhu.

Semasa sidang akhbar semalam, Annuar telah mendakwa Manjeet kini berbaik dengan ahli perniagaan, Datuk K S Nallakaruppan untuk memujuk bekas ahli KEADILAN itu kembali bersama Anwar.

Annuar juga mendesak agar ketiga-tiga peguam tersebut mendedahkan aset serta akaun mereka berhubung dakwaan mereka menanggung kos kehidupan Bala semasa beliau berada di London dan juga Paris.

"Kami mencabar Annuar supaya bersama kami bertiga pada sidang media hari ini. Kalau beliau berani untuk membuat dakwaan beliau juga mesti sanggup membukti dan mempertahankan dakwaan yang dibuat.

"Kami akan menunggu kehadirannya terutamanya Manjeet yang akan bercerita banyak hal mengenai individu ini," kata Americk ketika dihubungi Suara Keadilan.
Sidang akhbar tersebut akan diadakan Bilik Mesyuarat, Peninsula Suites, Jalan Semantan, Bukit Damansara pada pukul 4.00 petang.

Selain ketiga peguam tersebut sidang media itu turut dihadiri Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.