KUALA LUMPUR, 8 Jun: Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sebentar lagi membuat keputusan untuk menangguhkan kes merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
Anwar pada sidang media selepas itu berkata, penangguhan itu disebabkan jawatankuasa tersebut perlu menentukan sama ada beliau boleh membawa peguam semasa dirujuk.
Katanya, jawatankuasa itu juga perlu menentukan sama ada peguam yang dibawa bersama dibenarkan bercakap atau tidak.
"Saya telah kemuka cadangan dan notis diberikan semalam supaya peguam pilihan saya dapat bersama dan ini mengikut peraturan mesyuarat yang membolehkan.
"Jadi sekarang ini prosiding ditangguh untuk menetapkan sama ada peguam datang untuk menasihat sahaja atau peguam boleh berbicara.
"Ikut tafsiran saya, kalau peraturan kata peguam dibenar bersama maksudnya peguam boleh mengemukakan pandangan," katanya.
Semasa menunggu untuk dipanggil memasuki kamar jawatankuasa berkenaan, Anwar ditemani oleh peguamnya beserta Ahli Parlimen Machang dan Kuantan daripada PKR, Saifudin Nasution Ismail dan Fuziah Salleh manakala Ahli Parlimen PAS ialah Datuk Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Shah Alam).
Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan memasuki kamar itu kecuali Anwar sahaja.
Pada 22 April lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul mengheret Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dianggapnya Umno memaksa satu usul diluluskan walaupun ia bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 36(12) dan 80(1).
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan1 week ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
June
(251)
-
▼
Jun 08
(9)
- JK Hak & Kebebsan Parlimen Tangguh Keputusan Terha...
- Parlimen- Mana Jawapan Kepada Hilangnya Data Kemas...
- Anwar Kemukakan Semula Permohonan Dibekalkan Dokumen
- Dato' Mahfuz: Tiada Guna Kecam Kalau Kerajaan Masi...
- Al-Fatihah: Kereta bertembung treler, enam sekelua...
- Lesen Judi Sukan: Akar umbi UMNO Cawangan Lorong M...
- Apple iPhone 4 Lebih Canggih dilancarkan di WWDC 2...
- Sanggup Berbogel Demi Promosi.... Apa Nak Jadi Dun...
- Cukupkah Dengan Hanya Demonstrasi, Bakar Bendera I...
-
▼
Jun 08
(9)
-
▼
June
(251)
0 comments:
Post a Comment