Vitamin M Kurang Di Kedah : BN Gempaq Sakan Nak Ambik Kedah... Setpol Kata Payah La....


Lompatan yang mengukuhkan PR...

Memang depa sedang mengatur startegi untuk mencipta Perak kedua di Kedah!!! Ini semua orang tahu, tak payah Zol Noordin nak buat gempaq. Arahan pimpinan UMNO/BN ialah walaupun tinggal 5 hari lagi untuk tamat penggal ini, dan PRU 13 akan berlaku, Kedah wajib dirampas seperti Perak! Inipun saya tahu.

Tujuannya ialah supaya semua jentera dan perkakas kerajaan negeri boleh dikudakan untuk memenangkan BN di Kedah. Tanpa memperalatkan jentera kerajaan, PAS dan PR di Kedah tidak akan tumbang! Kerana apa? Kerana BN/UMNO di Kedah sekarang sangat lemah dan lesu. Pendorong mereka, 'Vitamin M" sangat kurang dan susah diperolehi.

Oleh kerana nyawa perjuangan mereka bergantung sepenuhnya dengan 'Vitamin M', maka perang saraf kejatuhan Kerajaan PR dilancarkan habis habisan....dengan harapan Vitamin M akan dibekalkan sebanyak mungkin untuk menggerakkan jentera parti bagi menjayakan matlamat Perak 2 di Kedah.

Bagi menyediakan 'suasana'/environment kejatuhan yang 'terpaksa' diterima oleh rakyat akibat lompatan wakil rakyat PR, maka khabar angin lompatan si anu dan si anu dimainkan tiap-tiap hari. Enviroment ini mustahak supaya kegawatan di Perak dapat dikekang lebih awal...maka takkan ada orang yang sanggup tidur di depan kereta raja di Kedah. Kononnya mereka nak bina peralihan haram yang terkawal.

Sejak November 2008 hingga sekarang, tidak kurang daripada 7 kali perang saraf jenis ini dilancarkan, dan walaupun ada lompatan WR yang termakan umpan, Kedah tetap teguh dan kukuh. Lompatan 2 WR sebelum ini adalah proses tapisan dan pemutihan, yang tinggal adalah ADUN PR tegar dan bersih. Bahkan, mereka menerima satu pukulan paling perit di Kota Siputeh yang tak tersangka-sangka. Melengkapkan keperitan mereka ialah ADUN Gurun bercuti dari MCA kerana memprotes stail kepimpinan MCA Pusat dan negeri.
.
Sekarang tinggal 20 ADUN PR yang tak tergugat, berbanding 12 ADUN BN tercungap-cungap macam ikan sepat atas darat gara-gara kurang vitamin M, 2 ADUN 'bebas' yang tak tentu arah dan satu ADUN yang bercuti daripada parti. Siapa lebih kukuh? Perlukan saya ucapkan makasihlaaaa....noooo.... kerana membantu membina kekukuhan PR di Kedah kepada pihak belah sana?

Saya nasihatkan UMNO/BN lupakan saja niat dan matlamat memperalatkan jentera kerajaan untuk menang dalam PRU 13, kerana semua kakitangan awam di Kedah sekarang sudah ada pilihan sendiri. Mereka sudah diperlihatkan sebuah kerajaan yang jauh lebih baik, apabila mereka dibebaskan dari kepungan akujanji paksa di zaman BN. Apa mereka lupa...hakikatnya ialah BN dan UMNO Kedah tumbang disaat mereka menguasai semua aparatus kerajaan negeri dan pusat dalam PRU 12 yang lalu.

Usaha merampas Kedah secara haram sejak November 08 hanyalah kerana bekalan Vitamin M, ia langsung tiada kena mengena dengan ketuanan melayu atau survival politik melayu... ketagih vitamin M hanya dialami oleh pengidap barah 'materialistik terlampau' yang merebak luas dalam UMNO/BN sekarang. PR masih bebas dari virus barah itu....

Sumber

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.