Kiraan awal: DAP terus dahului dengan 838 undi

LAPORAN LANGSUNG

Proses pengundian akan berlangsung daripada jam 8 pagi sehingga 5 petang ini. Keputusannya dijangka diketahui pada jam 9 malam ini.

Galeri foto
6.50petang: Jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 59.86 peratus atau 32,742 orang.

6.384petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP masih mendahului dengan 838 undi.


DAP - 8,888
BN - 8,050
Ind - 87

Majoriti - 838

6.24petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP pula sedang mendahului kiraan undi.

DAP - 7,026
BN - 6,243
Bebas - 52

Majoriti - 783

Sehingga ini, 44 daripada 110 saluran atau kira-kira 43% undi, telah dikira.

"Jelas menunjukkan undi Cina menyebelahi kita," kata pemimpin DAP leader Anthony Loke. "Persoalannya ialah sama ada ia cukup untuk kita menang."

6.16 petang: Kira-kira 150 orang berkumpul di pusat operasi DAP di Sibu. Setiap kali keputusan menyebelahi mereka dipaparkan, mereka bersorak.

6.09 petang: Mengikut pengiraan tidak rasmi terkini, BN mendahului dengan 1,869 undi. Setakat ini, 26 daripada 110 saluran, atau kira-kira 20 peratus undi, telah dikira.

BN - 4,303
DAP - 2,434
Ind - 41

Majoriti - 1,869

5.50 petang: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau tidak berpuas hati kerana peratusan keluar mengundi lebih rendah berbanding 67% yang dicatatkan dalam pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Ketua Polis Sibu ACP Shafie Ismail berkata proses pengundian berjalan lancar, kecuali insiden kecil melibatkan perang mulut antara penyokong pihak bertanding.

5.40 petang: Beberapa peti undi tiba di pusat perjumlahan utama di Dewan Suarah. Manakala dalam masa yang sama, awan gelap dan angin kuat mula berarak. Hujan lebat dijangka turut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.