Streamyx, Please Don't Waste My Time
Oleh: Mazidul Akmal Sidik
Saya menggunakan khidmat jalur lebar Celcom untuk 'mobility'. Maklumlah lokasi kerja saya tidak menentu. Kekadang di rumah, di utara, selatan, timur dan barat. Biarpun servis Celcom sebelum ini kurang memuaskan, pelbagai usaha dilakukan kakitangan syarikat terbabit bertujuan memastikan, I am always connected, so do million of their customers through out the nation.
Terima kasih.
Manakala sewaktu di rumah, saya melanggan servis Streamyx TM Net.
Rabu lalu, saya menerima panggilan daripada kakitangan syarikat terbabit.
"Bil encik RM180," ujar kakitangan wanita menghubungi saya.
"Saya akan bayar esok, " balas saya.
Ya, bayaran telah dijelaskan, Khamis lalu, 27 Mei 2010, RM180.25.
Malangnya, sejak awal pagi Jumaat lalu, gangguan talian mula berlaku. Servis Streamyx tidak boleh digunakan, no connection. Namun saya pasti, perkhidmatan tidak diputuskan.
Bermula jam 11 pagi tadi, saya mula menghubungi '100', nombor keramat Streamyx, cuba menyelesaikan masalah timbul. Dalam tempoh 90 minit saya dan keluarga berhubung dengan 3 pegawai khidmat pelanggan Streamyx, 2 perempuan dan 1 lelaki. Mereka memberikan 'tutorial' jarak jauh, pelbagai arahan diterima dan dilaksanakan dalam tempoh purata 30 minit setiap satu panggilan.
Namun usaha terbabit ternyata gagal, panggilan pertama terputus di tengah jalan. Sebagai 'penyelesaian' terakhir, pegawai ketiga, mendakwa bernama 'Hanif' bertanya ...
"Bila encik ada di rumah?"
"Saya tak ada sepanjang weekdays, hanya Sabtu dan Ahad," balas saya.
"So, saya buat laporan dan akan hantar technician Sabtu atau Ahad"
"Hari ini (ahad)?," soal saya.
"Hari ini tak boleh, saya put up a report within 24 hours," katanya.
"Maksudnya, servis Streamyx tidak akan available dalam masa 7 hari, sampai Sabtu depan?," tanya saya.
"Encik jangan marah, saya tak kata begitu. Since encik tak ada di rumah dari Isnin sampai Jumaat, saya akan hantar technician Sabtu depan lah," katanya.
Talian kemudian 'terputus'.
Entahlah, siapa marah, Hanif atau saya? Tetapi pastinya saya tidak meletakkan gagang telefon, kesimpulannya samada diputuskan atau kerana talian tetap Telekom tidak berkualiti.
Jika Streamyx mampu menghubungi saya, berhubung kes bil tertunggak, masakan panggilan di talian TETAP boleh terputus secara berulang sekaligus pelanggan dibiarkan tanpa dihubungi kembali?
Ya, saya boleh menelefon mereka sekali lagi. Jika sebelum ini saya bercakap dengan Limah, Bibah dan Hanif, kali ini mungkin Leha, Bedah atau Senah akan mengangkat panggilan dan sekaligus saya terpaksa menjelaskan semula perincian masalah dihadapi satu persatu dalam tempoh 30 minit lagi.
Streamyx, don't waste my time and money!
Blog Sahabat
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan1 week ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
May
(332)
-
▼
May 30
(8)
- TM Tolong Berikan Perkhidmatan Terbaik.... Tolongl...
- GAS: Samy Perlu Letak Jawatan Sebelum 6 Jun Ini, J...
- Ahli MIC Dah Boleh Kira Dengan Jari Sekarang Ni......
- Anwar: PKR masuki gelombang baru perjuangan
- PKR Masih Mampu Menjadi "Kerajaan Masa Depan." : A...
- Panazzz.. Ibu Campak Bayi Di Jalan, Lantaran Ditud...
- Penerbit Rancangan RTM dan Suami Maut Kemalangan N...
- Keputusan TM Liga Super : Kenari Sekadar SERI
-
▼
May 30
(8)
-
▼
May
(332)
byk kali dah saya mengalami masalah yg sama. Marah!!!!!! tak usah cakaplah ... bil kena bayar kalau lambat sikit terus dipotong tapi service hampeh.... kalaulah ada perkhidmatan lain selain streamyx kt tempat saya dah lama saya tukar....
ReplyDeleteDah hampir 6 bulan saya tutup perkhidmatan streamyx atas sebab yang hampir2 serupa. Dalam proses menutup akaun, pegawai berkenaan bertanyakan sebab. Saya senyum je. Kemudian dia berpesan, sila langgan semula jika encik rasa perlu ye? terima kasih je la, dalam hati saya.
ReplyDelete