Tahniah Untuk Sang Katak : Bakal Menjadi Sampah


Oleh Noor Safinas Ghazali

KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucapkan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas yang bakal menjadi sampah kepada Barisan Nasional (BN) tidak lama lagi.

Menurut DPPN Pk dalam kenyataan medianya kepada Erapakatan, mereka tidak sabar menunggu Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 pada bila-bila masa sahaja yang akan menentukan kedudukan 3 orang Adun Perak yang telah menjadi Adun Bebas awal Februari tahun lepas yang lalu.

Setiausaha DPPN Pk,Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, 3 Adun katak tersebut pasti akan dihukum kerana telah mengkhianati amanah rakyat sebelum ini.

"Layanan mesra seperti 'menatang minyak yang penuh' oleh BN itu semata-mata untuk menjaga kepentingan politik jahat mereka bagi mengekalkan perbuatan haram BN di Perak melalui sokongan Adun Bebas itu.

"Kita merasa pelik kerana kes dakwaan rasuah Adun Behrang dan Changkat Jering ini seolah-olah cuba dilengah-lengahkan oleh pihak-pihak tertentu, walhal kes perbicaraan ini tergolong dalam kes berprofail tinggi yang melibatkan kepentingan rakyat Perak yang perlu disegerakan.

"Persoalan yang akan timbul ialah, bagaimana kedudukan mereka selepas ini? Adakah mereka akan bertanding semula? Apakah tiket yang akan mereka bertanding selepas ini? Adakah BN bersedia memberikan ruang kepada mereka bertanding atas tiket BN atau PRU ke – 13 ini akan menguburkan masa depan mereka?" soal Dr Raja Ahmad.

DPPN Pk turut menyeru agar rakyat bijak memilih dan memastikan hukuman setimpal kepada mereka yang mengkhianati amanah rakyat selama ini.

Terdahulu, Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong mengkhianati rakyat Perak sehingga berlakunya rampasan kuasa di negeri Perak.

Era Pakatan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.