MAPIM Ajak Ahli Parlimen Ke Gaza Lihat Keganasan Israel



Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 7 April - Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengusul supaya Dewan Rakyat yang bersidang mengeluarkan resolusi khas isu Gaza dan Jerusalem Timur selain mengharap Ahli Parlimen turut serta dalam misi flotilla ke Gaza.

Setiausaha Agung MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid yang hadir dalam sidang media di perkarangan Parlimen hari ini menjelaskan Kekejaman yang telah dilakukan oleh Israel sejak awal 2009 dalam 22 serangan bertujuan untuk membunuh dan juga menghancurkan Gaza tanpa usaha untuk menghentikannya oleh pihak antarabangsa.

"Kita lihat kekejaman yang dilakukan oleh Israel perlu dihentikan segera termasuk juga tindakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Natanyahu yang terus berdegil untuk membina kependudukan di Jerusalem Timur walaupun ia suatu yang jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

"Parlimen Malaysia perlu menyatakan pendirian tegas terhadap keganasan tidak berperikemanusiaan Israel yang terus melancarkan serangan ke atas Gaza disamping membina tembuk besi disepanjang sepmadan Gaza-Mesir serta mengenakan kepungan sejak tahun 2006 lagi.

"Kami ingin mengingatkan kepada semua Ahli Parlimen Malaysia terutamanya yang menyokong APCO Worldwide bahawa serangan Israel pada awal 2009 telah mengakibatkan 1,400 orang awam terbunuh, puluhan sekolah dan kemudahan asas yang lain termasuk masjid telah musnah. Rakyat Palestin di Gaza terus menderita," kata Mohd Azmi.

Beliau juga menjelaskan bahawa satu laporan khas dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dipanggil 'Goldstone Report' telah mendedahkan bukti kekejaman Israel dalam serangan 2009 itu.

"Israel telah bertindak luar biasa dengan serangan ganas yang tidak ada belas kasihan, sepatutnya Israel diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa tetapi tiada tindakan dilakukan ke atas Israel sehingga kini, bukti telah didedahkan oleh Goldstone Report.

"MAPIM berpendirian bahawa Malaysia tidak harus tunduk kepada mana-mana kuasa Barat untuk terus menegaskan pendirian mengutuk Israel dan berusaha agar hak rakyat Palestin dikembalikan, Israel dihukum atas segala perlanggaran hak asasi manusia berdasarkan undang-undang antarabangsa yang dilakukan ke atas Gaza.

"Malaysia sebagai negara yang berdaulat perlu menegaskan prinsipnya untuk tidak mengiktiraf Israel dan memastikan segala perhubungan rasmi samada dlam perdagangan, ekonomi, ketenteraan, kebudayaan, sukan mahupun diplomatik tidak diadakan dengan Israel samada secara langsung ataupun tidak," tegas beliau lagi.

Pada Januari 2010, kempen Eropah telah membawa lima puluh orang Ahli Parlimen ke Gaza untuk menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestine dan menyaksikan sendiri kemusnahan akibat serangan tersebut.

"Dengan demikian MAPIM berpendapat sangat wajar dua Ahli Parlimen Malaysia menyertai misi flotilla ini disamping menghasilkan sebuah usul khas mengutuk keganasan Israel terhadap Palestin.

"MAPIM juga menggesa semua Ahli Parlimen Malaysia menandatangani sokongan memorandum MAPIM yang akan dihantar kepada Setiausaha Agong PBB, Ban Ki Moon dan rombongan flotilla tersebut supaya mesej rakyat Malaysia mengenai isu Palestin dapat dipertegaskan," kata beliau.

MAPIM juga telah menyerahkan surat Khas kepada Speaker Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga kepada Pengerusi Barisan Nasional.

Sementara itu Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menjelaskan beliau akan membawa cadangan ini ke mesyuarat Pakatan Rakyat bagi membincangkan cadangan tersebut dan mengemukakan nama Ahli Parlimen yang akan turut serta rombongan itu, selain mengarahkan kerajaan membatalkan kontrak yang telah ditandatangani dengan APCO.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.