Rampas Hulu Selangor : BN Guna SPR & Wang Rakyat

Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha untuk bertanding dengan adil di Hulu Selangor terpaksa berhadapan dengan sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berat sebelah.

Tindakan SPR yang menukar tempat mengundi lebih 13 ribu pengundi menyebabkan Pakatan telah kehilangan undi dan menjadi faktor kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor.

"Perkara ini amat serius dan menyukarkan penyokong kita yang telah dipindahkan keluar dari kawasan dan mereka telah menghilangkan nama penyokong kita dari kawasan asal," kata Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua kepada erapakatan.com.

Pengarah Pilihan raya PKR, Fuziah Salleh sebelum itu telah mengumumkan bahawa SPR telah memindahkan lebih 13,000 nama pengundi berdaftar ke parlimen berhampiran beberapa hari sebelum tarikh membuang undi.

Tindakan tersebut hakikatnya bakal menyukarkan pengundi Hulu Selangor kerana apabila tiba pilihan raya semalam kebanyakan pengundi yang telah diubah pusat pengundiannya menjadi keliru apabila nama mereka hilang daripada pusat pengundian asal.

Perdana Menteri, Najib Razak juga hari ini dengan bangganya telah menafikan penguguman pelbagai projek di Hulu Selangor bertujuan untuk membeli undi dalam PRK itu semalam.

Bagi Tian yang juga Ahli Parlimen Batu, kenyataan itu tidak masuk akal kerana peruntukan itu telah diberikan kepada penduduk Hulu Selangor apabila bermulanya pilihan raya.

"Najib sendiri telah turun ke Hulu Selangor semasa tempoh berkempen dan mengumumkan pelbagai projek dan peruntukan kepada pengundi," kata Tian.

Menurut beliau, Najib dan sekutunya tidak segan silu untuk menggunakkan jentera kerajaan dan wang rakyat bagi mendapatkan undi di Hulu Selangor.

Najib Razak dikatakan telah menghabiskan RM64 juta untuk membeli undi dalam PRK Parlimen Hulu Selangor.

Bekas calon PR bagi PRK berkenaan, Datuk Zaid Ibrahim berkata, kerana amalan membeli undi adalah ‘halal’, menyebabkan beliau kalah dalam pilihanraya semalam.

Beliau yang juga bekas Menteri Undang-undang berkata, Malaysia mempunyai sistem politik yang tidak menghormati pilihan raya yang bersih.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.