Datuk Noh Akan Bawa Kes Kematian Aminulrasyid ke kabinet esok


Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar sekolah - Aminulrasyid Amzah - yang mati ditembak polis awal pagi semalam.

Katanya, beliau berharap kes tersebut dapat disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran.

"Saya harap kes ini tidak disensasikan atau dipolitikkan," katanya dalam sidang media di rumah keluarga arwah Aminulrasyid di Shah Alam hari ini.

Beliau yang juga menteri pertanian dan industri asas berkata, dalam mesyuarat kabinet esok, beliau sendiri akan membangkitkan isu tersebut bagi perhatian kerajaan.

Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia.

"Mereka juga boleh mengadu kes ini kepada pihak Suhakam," katanya.

1 comments:

  1. Salam buat sedaka sejahtera.
    Selepas pilihanraya kecil hulu selangor, satu lagi musibah yang menggegarkan negara. Hakikatnya ditakdirkan ALLAH menentukan segala-galanya. Syabas kita ucapkan kepada YB Shah Alam yang bertindak pantas, dan syabas juga diucapkan kepada peguam-peguam pakatan rakyat yang sudi menghulurkan bantuan guaman. Kita lihat pula tindakan dato noh omar bawa ke mesyuarat kabinet besok tu. Apa keputusan kabinet. Yang kita mahu, BANYAK KES YANG MELIBATKAN ANGGOTA POLIS TAK SELESAI, KEADILAN SEJAGAT PERLU DIPERTAHANKAN. JANGANLAH KITA PINGGIRKAN MASAALAH RAKYAT. JANGAN BIARKAN RAKYAT MENGHUKUM ANGKARA KEKEJAMAN KITA. Wallahualam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.