Bukan Setakat Negeri Kedah Darul Aman Sahaja Ibu Negara Turut Mengalami Masalah Air


KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air sehingga awal pagi esok ekoran kerja-kerja pembaikan paip pecah dari Klang Gate ke Loji Bukit Nanas pada Sabtu lepas.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Abdul Halem Mat Som hari ini berkata, bekalan di kawasan berkenaan akan kembali pulih secara berperingkat-peringkat mulai petang ini.

Beliau berkata, untuk mengurangkan masalah gangguan bekalan, Syabas menyalurkan bekalan air dari loji Rawatan Air Sungai Selangor fasa 1 dan 2 melalui sistem mengepam di Bukit Maxwell dan dari Loji Rawatan Air Sungai Batu.

"Bagaimanapun masih ada juga pengguna yang akan terlibat dengan gangguan bekalan air dan dianggarkan sebanyak 80,000 akaun pengguna,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, SYABAS juga mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan Kod Kuning bagi memastikan masalah itu diatasi dengan segera dan bantuan segera juga akan dilakukan.

"Sebanyak 35 lori tangki diuruskan oleh Syabas untuk bersiap sedia bergerak ke kawasan yang memerlukan bantuan bekalan air pada bila-bila masa”, katanya dan meminta pengguna berhemah menggunakan air sepanjang tempoh gangguan bekalan itu. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.