Ada Betul Ka.... Kolej Mara Nafi Hantar Pelajar ke Hulu Selangor


Kolej Poly-Tech Mara Kampus Kejururawatan Pengkalan Chepa menafikan dakwaan bahawa 30 pelatihnya dihantar menyertai program khidmat masyarakat di Hulu Selangor yang akan mengadakan pilihan raya kecil pada 25 April ini.

Eksekutif Hal Ehwal Pelajar (HEP) Zahidi Zakaria membuat penafian itu ketika diminta mengulas emel yang mendakwa pelajar terbabit telah ditipu oleh pihak tertentu untuk di bawa ke Hulu Selangor untuk menyertai program khidmat masyarakat.

Penulis emel itu yang mendakwa waris pelajar di kolej tersebut turut didakwa pelajar terbabit ditukarkan tempat praktikal mereka dari tempat latihan amali mereka di Manik Urai secara tergesa-gesa ke Ulu Kelang.

Sebaliknya kata Zahidi, 30 pelatih itu kini menjalani latihan di Manek Urai.

"Mereka menjalani ujian praktikal di klinik kesihatan dan klinik desa. Kita tidak pernah hantar mereka (ke Hulu Selangor).

"Kita tidak ambil seorang pun pelajar di Manek Urai...," tambahnya.

Bagaimanapun, kata Zahidi, pihak kolej berkenaan ada menghantar 38 pelatih lain untuk menyertai program khidmat masyarakat sehari, termasuk mengadakan pemeriksaan kesihatan penduduk Ampang, Selangor, Sabtu lalu.

Menurutnya, kos penghantaran mereka ditanggung oleh pihak kolej dan telah pulang ke kolej malam tadi.
Zahidi menjelaskan bahawa pihaknya sering menghantar pelajarnya menyertai program seumpama itu bagi menambah pengetahuan dan pengalaman pelatih kolej tersebut.

Sehubungan itu, beliau berasa kecewa dengan dakwaan yang ditimbulkan dan mengharapkan semua pihak mendapat maklumat sebenarnya dari pihak kolej.

"Perkara tersebut tidak dirujuk kepada kita. Dakwaan itu tidak akan timbul sekiranya mendapat maklumat (daripada kolej)," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.