Menteri Besar janji ganjaran jika Kenari juarai Piala FA


ALOR SETAR – Skuad bola sepak Kedah bakal menerima imbuhan daripada kerajaan negeri sekiranya berjaya menjulang Piala FA.
Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, namun bentuk imbuhan yang akan diberikan belum diputuskan dan akan dibincangkan kemudian.

“Bagi pemain yang berjaya pada musim yang lalu, kita telah kenal pasti tanah banglo lot di Pokok Sena sebagai imbuhan atas kejayaan mereka.

“Pada musim ini kita belum buat keputusan mengenai bentuk imbuhan yang akan diberikan, kita akan fikirkan apa yang sesuai untuk pemain sekiranya mereka berjaya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini.

Kedah yang dibimbing Ahmad Yusoff, layak ke perlawanan akhir selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Terengganu di Stadium Darul Aman untuk mara dengan agregat 4-1.

Kedah akan bertemu Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala FA yang dijadual 10 April. Kejayaan ini sebagai bukti bahawa pemain tempatan juga berpotensi untuk meraih semula kecemerlangan sukan bola sepak Kedah.

“Tahniah kepada pemain di atas kejayaan, dulu kita berjaya, ada dakwaan mengatakan disebabkan pemain import, tapi dalam masa setahun ini kita telah buktikan dan pulih dengan kemaraan pemain tempatan.

“Walaupun Kedah akan berhadapan dengan pasukan Negeri Sembilan yang hebat dan berpengalaman, tapi saya yakin dengan kesungguhan dan semangat muda pemain untuk kita dapat capai kemenangan,” ujar beliau.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.