MCA BERGADUH : PM TAK MAU PI AGM MCA


PM Tidak Akan Hadir AGM MCA Ahad Ini

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) tidak akan menghadiri majlis perasmian perhimpunan agung MCA yang dijadual diadakan di Wisma MCA di Kuala Lumpur pada Ahad ini.

Perkara itu disahkan oleh pegawai Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.

Setiausaha Agung MCA Datuk Wong Foon Meng, ketika bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) MCA di Kuala Lumpur hari ini, berkata bahawa Najib dijadual merasmikan perhimpunan agung parti itu Ahad ini.

Beliau juga berkata bahawa CC memutuskan untuk meneruskan perhimpunan agung parti itu pada Ahad walaupun Pergerakan Pemuda dan Wanita parti menangguhkan mesyuarat agung tahunan (AGM) masing-masing esok.

Selain itu, CC juga memutuskan untuk mengadakan pemilihan baru parti pada 28 Mac ini, katanya.

Sementara itu, kedua-dua sayap parti MCA yang mengadakan mesyuarat tergempar exco di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur hari ini, memutuskan menangguhkan AGM masing-masing esok ekoran peletakan jawatan 21 anggota jawatankuasa pusat parti yang dilantik, untuk memberi laluan kepada pemilihan baru parti.

Awal hari ini, Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata langkah Pemuda menangguhkan mesyuarat agung sayap itu disebabkan ketidaktentuan AGM parti yang dijadualkan Ahad ini ekoran peletakan jawatan 21 anggota jawatankuasa pusat parti yang dilantik, semalam.

Mereka berbuat demikian bagi menuntut supaya diadakan pemilihan parti yang baru, yang perlu diadakan dalam tempoh sebulan.

Sementara itu Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata penangguhan itu dibuat dengan persetujuan majoriti. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.