Ketua Penerangan UMNO Kedah Sanggah Ust Ahmad


.
Islam tidak ajar solat minta bencana kepada sesama umat


ALOR SETAR 7 Mac – Islam tidak mengajar umatnya bersembahyang hajat memohon kepada Allah supaya menurunkan bencana kepada golongan seagama dan hukumnya adalah berdosa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Saya tidak mahu menggelar mereka golongan apa, tetapi mereka ini termasuk dalam orang-orang yang menyalahgunakan agama demi kepentingan politik.

"Perkara ini (sembahyang hajat memohon bencana) tidak diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang yang dilaporkan memberi tempoh tujuh hari kepada Mohsin Fadzli Samsuri untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah kerana dikatakan mengkhianati perjuangan parti.

Ahli Parlimen Bagan Serai itu keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas setelah dikatakan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.