Semua Sokong, Tolak Yang Tak Bayaq Hutang Saja




Saya buat kerja, orang luar yang nilai – Azizan

BERBANDING pentadbiran Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor, situasi di Kedah yang diterajui oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilihat lebih aman.

Tiada terlalu banyak kontroversi berlaku, malahan Azizan dilihat sentiasa tenang dalam berhadapan dengan apa juga isu yang tercetus.

Situasi berkenaan menimbulkan persoalan apakah di Kedah, pentadbiran kerajaan negeri sudah benar-benar sempurna atau ‘bergelora’ dalam diam?

Untuk mendapatkan jawapannya, wartawan Utusan Malaysia ZAINUL AZHAR ASHAARI menemui Azizan bagi mendengar pandangan beliau.

UTUSAN: Terdapat rungutan bahawa kerajaan negeri ‘tidak berbuat apa-apa’ sepanjang dua tahun pemerintahan di Kedah? Apa komen Datuk Seri?

AZIZAN: Nak komen apa. Depa (rakyat) yang nilai saya. Saya buat kerja, orang luar yang perhati. Saya macam pemain bola sepak, depa perhati saya, tengok saya main bagus ke tak bagus? Ikut depalah, yang kata saya bagus pun ada, yang kata saya tak bagus pun ada. Tak ada apa-apa.

Sebabnya ialah tak nampak?

Nak nampak pergilah ke Kuala Ketil, perembang-perembang (intai-intai) apa yang ada di sana (ambil contoh projek pembinaan kampus baru Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil). Kalau dekat Alor Setar tak nampak apa.

Habis, Datuk Seri puas hati?

Tak puas hati apa, tak pening kepala. Saya seronok, berasa ceria. Yang berubah ialah Perak, jatuh kerajaan negeri yang itu berubahlah.

Apakah semua perancangan berjalan lancar setakat ini?

Ya, macam tanam pokok ada dua jenis, satu pokok durian, satu tanam sayur. Sayur enam bulan dah boleh ambil hasil, durian enam tahun baru boleh, kena tunggu buah luruh. Kena tunggulah.

Mungkin sejak kebelakangan ini ada isu timbul seperti gangguan bekalan air, biasalah kali pertama (pakatan pembangkang hadapi). Isu air sebenarnya dah lama, dah air tak ada, di Kedah setahun sekali akan datang kemarau, biasalah, cuma ia jadi isu sahaja.

Manifesto Pas pula macam mana? Dah laksanakan atau belum?

Kita (kerajaan negeri) dah buat lebih daripada manifesto. Ada yang praktikal, kita praktikkan, yang tak boleh buat tak bolehlah, nak buat macam mana? Kena buat berperingkat-peringkat dan ada yang sebelum ini kita tak tahu boleh ke tidak, bila dah jadi kerajaan baru kita tahu ia tak boleh buat, kita ubahlah buat yang boleh, ini biasalah.

Secara keseluruhannya Alhamdulillah tak siapa kacau saya, orang yang tunjuk perasaan tu mereka yang tak mau bayar hutang rumah, yang lain sokong saya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.