Detik Terakhir pesawat Pilatus Terhempas disaksi pelajar UUM: Pilot Terkorban







KUALA LUMPUR: Detik akhir pesawat Pilatus PC-7 Mark II milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejurus sebelum terhempas di kawasan hutan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengorbankan juruterbangnya, Mejar Muhammed Zulrihan Jusoh, pagi tadi disaksikan ratusan pelajar yang menghadiri Karnival Konvokesyen Ke-23 universiti itu.

Rakaman video menggunakan telefon bimbit daripada seorang pelajar UUM, menunjukkan pesawat kendalian Allahyarham Muhammed Zulrihan menjunam sambil berpusing-pusing di luar kawalan selepas melintas ruang udara Kompleks Sukan UUM dan melakukan aksi aerobatik pendakian menegak.

Pelajar terbabit yang pada mulanya bersorak gembira kerana menyangka aksi itu sebagai sebahagian daripada pertunjukan udara, tergamam apabila pesawat berkenaan tidak muncul selepas melewati perdu pokok di kawasan hutan itu, diikuti beberapa letupan dan kepulan asap hitam di udara.


Ketika kejadian, pengacara majlis masih lagi membacakan butiran pertunjukan udara itu manakala sebilangan pelajar yang menyedari pesawat malang itu sudah terhempas mula bergegas ke kawasan nahas.

Suasana yang sebelum itu ceria lantas bertukar cemas apabila ramai pelajar, khususnya wanita, menyedari mereka baru saja menyaksikan tragedi yang mengorbankan nyawa juruterbang TUDM.

Pihak Sedaka Sejahtera mengucapkan Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Mejar Muhammed Zulrihan Jusoh.. AL-FATIHAH

1 comments:

  1. BUAT SESIAPA YANG MENGENALI MEJAR ZULRIHAN BIN JUSOH,MARILAH KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEpADA BELIAU,SEMOGA ROH BELIAU DICUCURI RAHMAT

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.