ESOK: 1Malaysia One Israel - Usul rujuk Anwar ke JK parlimen Dibentang

BN bentang usul rujuk Anwar ke JK parlimen esok
BN akan membentangkan usul merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berhubung dakwaannya yang mengaitkan '1Malaysia' dengan 'One Israel'.

Lapan orang ahli parlimen - masing-masing empat dari BN dan Pakatan Rakyat - akan membahaskan usul tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz berkata beliau akan membentangkan usul tersebut dan akan disokong oleh ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, wakil BN itu berkemungkinan terdiri daripada Khairy, Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud), Datuk Nur Jazlan Mohamad (Umno-Pulau) atau Chua Tee Yong (MCA-Labis).

Manakala wakil Pakatan pula dijangka Azmin Ali (PKR-Gombak), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) atau Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

azlan

BN akan membentangkan usul tersebut ekoran dakwaan Anwar yang mendakwa '1Malaysia' yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada konsep 'One Israel'.

Ia dibawa mengikut perintah tetap 36(12) kerana didakwa mengelirukan Parlimen. Ketua pembangkang itu boleh digantung daripada menghadiri sidang parlimen jika beliau didapati bersalah.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh sebelum ini dipanggil untuk memberi penjelasan di Parlimen mengenai perkara itu, tetapi ianya ditolak oleh ahli parlimen kerajaan.

Ketua umum PKR itu juga mendakwa bahawa perkhidmatan Apco Worldwide - firma perunding beribupejabat di Washington - yang digunakan oleh pentadbiran Najib untuk 'komunikasi strategik' adalah di sebalik slogan '1Malaysia' dan 'One-Israel'.

Apco bagaimanapun, menafikan dakwaan Anwar itu, walaupun kerajaan mengesahkan telah membayar RM77 juta kepada firma berkenaan untuk kontrak perkhidmatan selama setahun.

Baguih La Kerajaan Nie... Jom Pakat Pindah ke Rumah Pangsa: Mulai Jun 2010 Depa Pakat Dapat Kupon Air Percuma...

Air percuma untuk rumah pangsa Selangor

Kerajaan Negeri Selangor akan memberikan kupon air percuma bagi 20 meter padu kepada penduduk di semua pangsapuri kos rendah di negeri ini yang masih menggunakan meter pukal, mulai Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Iskandar Abdul Samad berkata kupon itu akan diedarkan melalui Pesuruhjaya Bangunan (COB) di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Pihak COB akan mengedarkannya kepada ejen pengurusan perumahan untuk diserahkan kepada penduduk di pangsapuri kos rendah yang masih menggunakan meter pukal sebelum ia ditukar kepada meter individu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Shah Alam hari ini.

Beliau meminta semua penduduk di kediaman bertingkat yang masih menggunakan meter pukal supaya segera menukarnya kepada meter indvidu bagi menikmati bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan.

Mengulas lanju
t mengenai skim kupon itu, Iskandar berkata ia akan dilaksanakan bermula Jun ini membabitkan 620 pangsapuri kos rendah membabitkan 168,479 unit kediaman yang masih menggunakan meter pukal.

Beliau berkata kos pemberian kupon percuma itu dianggarkan berjumlah RM24.4 juta.

Lesen buru lima haiwan dibekukan

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Elizabeth Wong berkata kerajaan negeri memutuskan untuk membekukan pengeluaran lesen memburu lima haiwan berkuat kuasa hari ini, sebagai langkah memelihara spesies yang semakin terancam.

Beliau berkata haiwan terbabit ialah Rusa Sambar atau nama saintifiknya Cervus Unicolor, Kijang (Muntiacus Muntjac), Babi Bodoh (Sus Barbatus), Kluang (Pteropus Uampyrus) dan Kluang Kecil (Pteropus Hypomelanus).

Katanya, sejak 2005 sehingga kini, sebanyak 2,013 lesen memburu haiwan-haiwan berkenaan telah dikeluarkan.

Wong berkata sebelum ini, lesen memburu haiwan berkenaan dikeluarkan sepanjang tahun kecuali bagi Rusa Sambar dan Kijang yang hanya dikeluarkan pada November setiap tahun.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri juga membatalkan semua lesen perniagaan menjual haiwan dilindungi yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu berkuatkuasa hari ini.

Wong berkata antara premis yang terlibat dengan arahan itu ialah kedai ubat, kedai haiwan peliharaan dan restoran.

"Kerajaan negeri akan menyenarai hitam syarikat dan peniaga hidupan liar yang melakukan kesalahan mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 1976) Negeri Selangor," katanya.

- Bernama

Adakah Kerana Gambar Ini Khairy Tidak Dilantik Menjadi Menteri??..



Khairy: Adakah saya sedang minum dalam gambar itu?

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini tidak mahu diheret dalam kancah serangan peribadi yang membabitkan beberapa pemimpin didakwa minum arak.

Mangsa pertama yang diserang adalah calon PKR bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim. Bekas menteri itu kemudiannya terpaksa akur dan membuat pengakuan dia memang terjebak ketika muda dulu.

Semalam, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda. Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Apabila ditanya oleh wartawan di lobi parlimen, hari ini, mengenai sekeping gambar di Internet, Khairy cuba mengelak menjawab secara langsung. Gambar berkenaan menunjukkan rakaman seorang lelaki yang tidak dikenali dengan dua wanita dengan beberapa gelas minuman beralkohol di meja mereka. Berikut wawancara berkenaan.

Wartawan: Adakah Pakatan hiprokit kerana menyerang BN berhubung kontroversi arak itu? Khairy: Jika saya melayan soalan ini, ia akan berlarutansepanjang kempen Hulu Selangor. Anda juga sepatutnya dipersalahkan kerana bertanyakan mereka soalan berkenaan dan kemudiannya mengajukannya kepada saya. Cukupla. Saya saya jawap ia akan berlarutan.


Adakah anda menyalahkan media? Anda cuba memaksa saya berkata-kata demikian. Saya tidak kata saya menyalahkan media. Anda cuba membuat saya berkata-kata demikian.

Jadi, apabila merujuk kepada 'anda juga' siapa mereka sebenarnya? Semua pihak - politik dan juga media. Perkara ini semakin tidak terkawal. Jika anda ingin menghentikannya dan media mengambil berat terhadap isu itu, anda sepatutnya berhenti daripada membuat laporan daripada kedua-dua pihak.
Hentikan kempen propaganda berdasarkan serangan peribadi di kedua-dua pihak dan hentikan heret ahli politik dengan menbdapatkan ulasan mereka. Saya berminat untuk melihat bagaimana anda akan menulis. (Ketika meninggalkan parlimen, Khairy sekali lagi 'diserbu' oleh sekupulan wartawan lain dan ditanya isu yang sama).

Wartawan: YB, Saya berharap anda tak keberatan menjawap soalan...

Khairy: Saya mesti pergi, saya mesti pergi. Pembangkang menyerang anda dan mendakwa anda juga seorang kaki botol... Siapa? Saya mesti pergi...Huh? Apa yang perlu diserang? Boleh komen mengenainya? Apa yang perlu diserang? Mereka menggunakan foto yang kontroversial... Foto kontroversial apa itu? ...menunjukkan seorang lelaki sedang minum... Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Anda sudah melihat gambar itu?

Ya, saya sudah melihat gambar itu. Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu?

Saya tidak pasti sama ada orang itu adalah anda... Saya tidak minum.

"I don't remember" - Gambar Minum Arak Menteri KDN Jawab Begitu... Kenapa Yer???


Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein "tidak ingat" sama ada dirinya lelaki yang minum arak dalam satu gambar yang tersebar dalam internet atau tidak. Ketika soalan ini diajukan oleh MerdekaReview kepada Naib Presiden UMNO ini, beliau menjawab, "Saya tak ingatlah..." (I don't remember).

Beliau bertanya, "Apa yang mereka lakukan? Ada juga gambar isteri saya. Anda boleh lihat itu superimpose (diubahsuai). Gambar yang mengaitkan anak perempuan saya itu jelas bukannya! Untuk saya, saya telah membuat keputusan...(gambar yang) dalam web ini saya takkan jawab. Benda-benda begini."

"...Dan mereka melatah dalam konteks ini, itu terserlah kepada mereka. Tapi kalau nak cari tuduhan, dakwaan, gambar... gambar saya dengan student, gambar saya dengan perempuan, semua ada dekat dalam tu. Kalau nak tanya gambar ini dan itu...saya ke tidak? (Saya ada lagi) Banyak kerja lain, kalau kita nak buat ikut tanggungjawab dan amanah," sambungnya.

Hishammuddin menambah, "Itu realiti politik. Bagi saya, itu asam garam. Tetapi bila dia menyentuh isteri, anak-anak saya yang tak berdosa, itu maknanya mereka dah agak daif dan ketandusan nak berkempen dan nak memperjuangkan kedudukan mereka sebagai parti politik untuk rakyat Malaysia."

Dalam satu lawatan ke ladang Nigel Gardner kawasan Hulu Selangor pada hari ini, Hishammuddin Hussein diminta untuk respon kepada isu gambar yang tersebar di internet, di mana seorang lelaki yang menyerupai wajahnya sedang memegang tin arak.

Selepas tamatnya aktiviti di sebuah sekolah tamil, wartawan MerdekaReview meminta agar Hishammudin respon kepada isu gambar tersebut. Pada mulanya, beliau berkata beliau telah respon kepada isu ini pada waktu pagi. Wartawan kemudiannya bertanya sama ada beliaulah orang yang berada dalam gambar tersebut, lantas Hishammuddin mendakwa bahawa dirinya tidak ingat.

Menurut laporan Bernama pada pagi ini, Hishammuddin Hussein berkata beliau sedar akan wujudnya gambar ini di internet sejak lapan tahun yang lalu. Beliau mempertikaikan mengapa isu gambar ini dibangkitkan selepas lapan tahun, malah menyifatkannya sebagai permainan kotor yang biasa berlaku dalam arena politik.

Zaid Ibrahim, calon PKR untuk PRK Hulu Selangor, berdepan dengan tuduhan "kaki botol" sebermulanya kempen PRK ini. Beliau telah mengakui kesilapannya dan mendakwa dirinya telah bertaubat. Bagaimanapun, serangan ini tidak terhenti dan Pakatan Rakyat kini membalas dengan mendedahkan lebih ramai pemimpin UMNO yang juga meminum arak, dan memiliki syarikat arak. -merdekareview
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.