KOTA BHARU - Seorang guru besar dan guru sebuah sekolah rendah di Pasir Mas diarah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam supaya membela diri atas tuduhan mukadimah zina, April lalu.
Perintah dibuat Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan terhadap guru besar berusia 54 tahun dari Kampung Perupok, Chetok, Pasir Mas, dan pasangan berusia 26 tahun dari Taman Lubok Jong, daerah sama.
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkata keputusan untuk menamatkan jawatan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai ahli PKNS dibuat oleh mesyuarat exco.
Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, jawatan Azmin ditamatkan melalui surat bertarikh 8 Januari lalu, sebenarnya dibuat selaras dengan mesyuarat exco pada 13 November dan disahkan pada 4 Disember tahun lalu.
SHAH ALAM – Keputusan untuk menggugurkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali selaku ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor (PKNS) dibuat oleh itu Pengurus Besar PKNS, Othman Omar. Perkara ini didedahkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, hari ini.