BERAPI!!! Kemelut Tamatkan Jawatan YB Azmin Dari PKNS Makin Berapi.. JomTerjah!!!!


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkata keputusan untuk menamatkan jawatan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai ahli PKNS dibuat oleh mesyuarat exco.

Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, jawatan Azmin ditamatkan melalui surat bertarikh 8 Januari lalu, sebenarnya dibuat selaras dengan mesyuarat exco pada 13 November dan disahkan pada 4 Disember tahun lalu.

"Merujuk kepada isu jawatan YB Mohamed Azmin Ali sebagai Ahli Perbadanan PKNS yang dilaporkan di media, PKNS ingin mengesahkan bahawa kami telah mengutus surat bertarikh 8 Januari 2014 kepada YB Mohamed Azmin Ali bagi memaklumkan bahawa tempoh jawatan beliau ditamatkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MMKN pada 4 Disember 2013.

“PKNS juga ingin memaklumkan bahawa kuasa melantik ahli perbadanan adalah di tangan MMKN (mesyuarat exco) dan bukan di tangan pengurus besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS,” katanya dalam satunkenyataan ringkas lewat malam tadi.

Kenyataan ini sama sekali berbeza dengan penjelasan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam bahawa ia dibuat atas arahan Pengurus Besar PKNS Othman Omar yang bakal menamatkan khidmat hujung bulan ini.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat exco semalam, Khalid berkata, surat pengguguran Azmin itu dikeluarkan oleh Othman dan exco menerimanya selepas Azmin juga menerima keputusan itu.

PKR Selangor sebelum itu menuntut penjelasan Khalid berhubung pengguguran Azmin itu atas alasan mereka tidak dimaklumkan awal dan ia bertentangan dengan keputusan kongres PKR tahun lalu yang memutuskan semua lantikan politik, termasuk pengguguran perlu mendapat sokongan parti.

Kenyataan terbaru PKNS ini sekaligus dilihat bakal menyemarakkan lagi kehangatan dalam PKR menjelang kongres pemilihan parti itu tidak berapa lama lagi.

1 comments:

  1. Berebut-rebutlah Jawatan serta pangkat wahai para pemimpin semua.Lupakanlah segala penderitaan rakyat.Himpunlah segala kekayaan untuk kamu serta kaum keluarga kamu.Pejamkan mata dan tutuplah telinga dari melihat dan mendengar segala kesusahan kami.rakyat yang telah memilih anda semua.Tak kira PR atau BN.Jika begini kelaku kalian maka Celakalah utuk diri tuan-tuan sekalian.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.