(Bergambar) Tahniah!! Irma Hasmie Kini Bertudung Selepas Berpisah Dengan Nabil Raja Lawak, Moga Yang Lain Turut Insaf...

Cerita minggu lepas, kami selongkar balik. Irma Hasmie, kini lebih selesa dengan penampilan bertudung, satu perkembangan yang positif.

Penghijrahan Irma Hasmie telah diumumkan sendiri oleh Wardina Safiyyah dalam twitternya, “Tahniah Irma Hasmie kerana berhijab, welcome on board! Let’s be better Muslims…

Mesti coooomeeellll sgt dan menjadi rebutan ibu2 mertua.”

Cuma kami harap, janganlah niat baik Irma Hasmie untuk menutup aurat ini bersifat sementara. Kalau boleh, biar dikekalkan sampai bila-bila.

- ohBulan

Muktamar PAS Jun Ini : Akan Wujud Kelainan, Pemilihan Jawatan2 Penting Bakal Berlaku Perubahan...


Walaupun pemilihan PAS dijadual pada Jun ini, namun cakap-cakap sudah mula kedengaran apabila nama beberapa pemimpin sudah disebut-sebut bakal merebut jawatan timbalan presiden.

NONEMalah, sumber-sumber parti memberitahu, pemilihan kali ini lebih menarik berikutan beberapa kejutan yang bakal berlaku, seterusnya melanjutkan pertembungan dua kumpulan - pro- kerajaan perpaduan dan kumpulan Erdogan - seperti pada pemilihan dua tahun lalu.

Berdasarkan maklumat itu, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa (bawah, kanan) dipercayai tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak dua penggal lalu.

nasharuddin nik aziz manek urai 110709 nasha pcSumber yang lain pula mendakwa "ada mendengar cerita" kumpulan kerajaan perpaduan dalam PAS tidak mahu lagi Nasharuddin sebaliknya mahu mengangkat tokoh lain, seperti naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Tak nampak orang lain (setakat ini), selain daripada (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man (sebagai pengganti)," tambah sumber-sumber itu.

Cadangan itu dipercayai ditimbulkan ekoran populariti Tuan Ibrahim sebagai personaliti terkenal yang mendapat undi tertinggi ketika dipilih sebagai naib presiden pada tahun 2009.

Nasha undur, Mat Sabu masuk?

Beliau dikatakan boleh mengisi jawatan tersebut demi merealisasikan konsep 'kepimpinan ulama' yang menjadi amalan parti itu selama ini.

Sementara itu, sumber yang dekat dengan Nasharuddin pula berkata setakat ini tiada keputusan sama ada ahli parlimen Bachok itu mahu mempertahankan jawatan tersebut ataupun tidak.

NONE"Tidak ada apa-apa jawapan lagi, masih tidak buat pendirian lagi... Tidak ada keputusan (setakat ini),” kata sumber berkenaan ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam pemilihan dua tahun lalu, Nasharuddin mempertahankan jawatan timbalan selepas menewaskan dua bekas naib presiden ketika itu - Datuk Husam Musa (atas, pertama dari kiri) dan Mohamad Sabu.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.

Lain pula yang berlaku kepada bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu apabila menurut sumber, beliau dijangka mencuba nasibnya bagi bertanding jawatan itu sekali lagi.

pas supporters club launch 160207 mohamad sabuBagaimanapun Mohamad yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ketika dihubungi Malaysiakini dilihat masih berteka-teki daripada memperlihatkan 'keinginannya' itu.

"Saya tidak buat keputusan lagi, masih berbincang dengan kawan-kawan. Saya tengok keadaan dulu," katanya.

Husam beri laluan

Sementara, sumber yang dekat dengan Husam pula mendakwa ADUN Salor itu dipercayai tidak mencuba nasibnya sekali lagi, sebaliknya hanya mahu bertanding untuk kekal sebagai ahli jawatankuasa pusat PAS.

Ini kerana, kata sumber, ia bagi memberikan laluan kepada Mohamad Sabu – yang dilihat cenderung anti agenda kerajaan perpaduan – dan membolehkan pertandingan dua penjuru berlaku.

Pemerhati politik berpendapat, antara faktor kemenangan Nasharuddin dalam pemilihan lalu disebabkan berlakunya pecah undi antara Husam dan Mohamad Sabu.

NONESumber itu juga memberitahu Malaysiakini, tokoh lain turut 'diundang' bertanding jawatan tersebut antaranya naib presiden PAS Salahudin Ayub dan dua ahli jawatankuasa PAS Pusat - Datuk Abu Bakar Chik dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Bagaimanapun belum jelas sama ada ketiga-tiga mereka – yang difahamkan cenderung kepada agenda kerajaan perpaduan – akan terlibat sama kali ini.

Muktamar dan pemililhan PAS bagi tahun ini dijadual diadakan pada 3 hingga 5 Jun di Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Badai Apakah Melanda: Kakak Ipar Datuk K Mohon Cerai Selepas 14 Tahun Hidup Berumahtangga...


Penyanyi Siti Nursaida Tarudin sekali lagi telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Mohd Ghazali di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, semalam

Kakak kepada penyanyi popular tanah air Dato' Siti Nurhaliza Tarudin itu pernah memfailkan cerai terhadap suaminya, pada 6 Oktober tahun lalu.

Kita sangkakan selepas mereka cuba berdamai, rumah tangga Saida dan suami sudah benar-benar pulih. Tapi tup-tup Saida sekali turun naik ke makamah, kali ini dia tetap dengan pendiriannya ingin bercerai walaupun suaminya masih berhasrat mahu mempertahankannya.

Keputusan itu dibuat kerana mereka sudah tiada persefahaman lagi selain gagal untuk didamaikan.

Saida yang ke mahkamah dengan ditemani kakak iparnya, Rozie bagaimanapun tidak dapat meneruskan prosidingnya di mahkamah pada pagi itu berikutan kegagalan suaminya untuk hadir ke mahkamah.

Berikutan ketidakhadiran suaminya yang difahamkan tidak sihat, Saida meminta tarikh baru untuk sebutan semula kes. Mahkamah terus menetapkan 18 Mac 2011 ini untuk sebutan semula kes.

Saida dan Mohd Ghazali bernikah pada 14 Disember 1996 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa ,14, Anas, 11, Khalid, 7 dan Siti Nurul Mashitah, 5.

Apa-apa pun kita harap mereka dapat selesaikan masalah ini dengan cara baik tanpa mengambil keputusan bercerai demi kebahagiaan anak-anak mereka.

Tahap Radiasi Merebak Jauh... Hari Ini Kadar Radiasi Meningkat 400 Kali Ganda

Radiasi yang merebak dari loji kuasa nuklear yang meletup di timur laut Jepun selepas dilanda tsunami dalam tempoh empat hari, memaksa kerajaan mengarahkan rakyat berdekatan supaya duduk dalam bangunan bagi mengelak terdedah.

azlanDalam kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen seluruh negara, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, berkata kesan radiasi yang merebak dari empat reaktor di loji nuklear Fukushima Dai-ichi, wilayah Fukushima adalah kawasan paling teruk ditimpa gempa bumi berukuran 9.0 magnitud dan ombak tsunami.

"Tahap (radiasi) nampak amat tinggi dan masih wujud risiko lebih tinggi bahawa banyak radiasi akan merebak," kata Kan.

Krisis nuklear itu adalah paling teruk pernah dialami Jepun sejak kejadian pengeboman Hiroshima dan Nagasaki ketika Perang Dunia II.

Kan memberi amaran bahawa lebih banyak kebocoran mungkin berlaku dan meminta orang ramai supaya berada kira-kira 30 kilometer dari Kompleks Fukushima Dai-ichi bagi mengelak daripada terkena radiasi.

Operator reaktor telah meminta bantuan Amerika Syarikat manakala agensi berita Kyodo pula berkata kadar radiasi sembilan kali lebih tinggi daripada kedudukan yang dikesan di Kanagawa dekat Tokyo.

NONE"Kami mengambil segala usaha yang terdaya untuk mengelakkan kebocoran daripada merebak.

"Saya tahu bahawa orang ramai bimbang tetapi saya minta anda bertindak dengan tenang.

"Berlaku kebakaran di reaktor No 4 dan paras radiasi di kawasan sekitar telah meningkat dengan signifikan. Kemungkinna kebocoran radioaktif semakin meningkat," kata Kan yang kelihatan suram.

Dalam pada itu, Setiausaha Ketua Kabinet, Yukio Edano berkata, reaktor keempat di kompleks berkenaan terbakar dan banyak radiasi dilepaskan.

Sampai ke Tokyo

Tahap radiasi dikatakan 400 kali ganda dicatatkan hari ini di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear, lapor Kyodo News.

Angin perlahan yang bertiup dari loji nuklear Fukushima Daiishi akan memberi kesan ke atas terhadap ke atas Kyoto termasuk Tokyo.

Tahap radiasi kini dilaporkan pada tahap yang boleh mengancam kesihatan dan penduduk yang berada pada radius 30km daripada loji nuklear dinasihatkan berada di dalam rumah.

Pagi tadi, AFP melaporkan satu lagi letupan besar kedengaran di reaktor nuklear berlaku di kawasan yang teruk dilanda nuklear awal hari ini, letupan ketiga sejak Sabtu lalu, kata operator loji.

NONESementara itu, pejabat kedutaan Perancis di Jepun menganggarkan paras radioaktif yang bocor daripada loji tenaga nuklear Fukushima, timur laut Jepun, dijangka mungkin sampai ke Tokyo dan kawasan persekitarannya dalam tempoh 10 jam.

Anggaran itu berdasarkan arah tiupan angin semasa di kawasan yang teruk dilanda gempa bumi dan tsunami.

Jarak antara Tokyo dan kawasan loji itu adalah kira-kira 240 kilometer.

Kenyataan yang disiarkan pada laman web kedutaan Perancis bahasa Jepun itu menggesa semua warganya supaya berada dalam bangunan, menutup tingkap dan tidak panik.

- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.