Tahap Radiasi Merebak Jauh... Hari Ini Kadar Radiasi Meningkat 400 Kali Ganda

Radiasi yang merebak dari loji kuasa nuklear yang meletup di timur laut Jepun selepas dilanda tsunami dalam tempoh empat hari, memaksa kerajaan mengarahkan rakyat berdekatan supaya duduk dalam bangunan bagi mengelak terdedah.

azlanDalam kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen seluruh negara, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, berkata kesan radiasi yang merebak dari empat reaktor di loji nuklear Fukushima Dai-ichi, wilayah Fukushima adalah kawasan paling teruk ditimpa gempa bumi berukuran 9.0 magnitud dan ombak tsunami.

"Tahap (radiasi) nampak amat tinggi dan masih wujud risiko lebih tinggi bahawa banyak radiasi akan merebak," kata Kan.

Krisis nuklear itu adalah paling teruk pernah dialami Jepun sejak kejadian pengeboman Hiroshima dan Nagasaki ketika Perang Dunia II.

Kan memberi amaran bahawa lebih banyak kebocoran mungkin berlaku dan meminta orang ramai supaya berada kira-kira 30 kilometer dari Kompleks Fukushima Dai-ichi bagi mengelak daripada terkena radiasi.

Operator reaktor telah meminta bantuan Amerika Syarikat manakala agensi berita Kyodo pula berkata kadar radiasi sembilan kali lebih tinggi daripada kedudukan yang dikesan di Kanagawa dekat Tokyo.

NONE"Kami mengambil segala usaha yang terdaya untuk mengelakkan kebocoran daripada merebak.

"Saya tahu bahawa orang ramai bimbang tetapi saya minta anda bertindak dengan tenang.

"Berlaku kebakaran di reaktor No 4 dan paras radiasi di kawasan sekitar telah meningkat dengan signifikan. Kemungkinna kebocoran radioaktif semakin meningkat," kata Kan yang kelihatan suram.

Dalam pada itu, Setiausaha Ketua Kabinet, Yukio Edano berkata, reaktor keempat di kompleks berkenaan terbakar dan banyak radiasi dilepaskan.

Sampai ke Tokyo

Tahap radiasi dikatakan 400 kali ganda dicatatkan hari ini di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear, lapor Kyodo News.

Angin perlahan yang bertiup dari loji nuklear Fukushima Daiishi akan memberi kesan ke atas terhadap ke atas Kyoto termasuk Tokyo.

Tahap radiasi kini dilaporkan pada tahap yang boleh mengancam kesihatan dan penduduk yang berada pada radius 30km daripada loji nuklear dinasihatkan berada di dalam rumah.

Pagi tadi, AFP melaporkan satu lagi letupan besar kedengaran di reaktor nuklear berlaku di kawasan yang teruk dilanda nuklear awal hari ini, letupan ketiga sejak Sabtu lalu, kata operator loji.

NONESementara itu, pejabat kedutaan Perancis di Jepun menganggarkan paras radioaktif yang bocor daripada loji tenaga nuklear Fukushima, timur laut Jepun, dijangka mungkin sampai ke Tokyo dan kawasan persekitarannya dalam tempoh 10 jam.

Anggaran itu berdasarkan arah tiupan angin semasa di kawasan yang teruk dilanda gempa bumi dan tsunami.

Jarak antara Tokyo dan kawasan loji itu adalah kira-kira 240 kilometer.

Kenyataan yang disiarkan pada laman web kedutaan Perancis bahasa Jepun itu menggesa semua warganya supaya berada dalam bangunan, menutup tingkap dan tidak panik.

- Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.