TERKINI!!! Tema Dan Gambar Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2015.. Jom Terjah!!!



Tema Dan Gambar Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2015

Tema Dan Gambar Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2015. Bulan Ogos sudah tiba dan ini adalah bulan kemerdekaan bagi negara kita Malaysia yang kita cintai. Seperti kebiasaan setiap kali tibanya bulan Ogos maka semangat cintakan negara semakin bertambah dalam diri setiap warga Malaysia. Kita sememangnya Sehati Sejiwa.
Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015. Tema Dan Gambar Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2015yang telah dipilih sangat bertepatan kerana ianya mencerminkan semangat warga Malaysia yang begitu mementingkan perpaduan.
Tema Dan Gambar Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2015
Tema Dan Gambar Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2015
Pemilihan tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. #sehatisejiwamencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.
Sebagai makluman, mulai tahun 2015 sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun. Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September dan 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja.

GAMBAR DAN KETERANGAN LOGO HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2015


Tema Dan Gambar Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2015
Tema Dan Gambar Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2015
Sehati Sejiwa – Melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung. Sehati sejiwa turut membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka.
Ayuh kita semua kukuhkan semangat perpaduan di antara kita. Kita perlulah sehati sejiwa mempertahankan negara kita Malaysia yang kita cintai ini daripada segala macam ancaman yang boleh menyebabkan kita lemah. Kita sebagai rakyat Malaysia harus tanamkan dalam diri masing-masing semangat cintakan negara. Cuba renungi dengan mendalam Tema Dan Gambar Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2015.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.