HOT!!! PAS Kawasan Kuala Terengganu Putus Hubungan Dengan Raja Kamarul Bahrin Kerana Sertai GHB.. Jom Terjah!!!


Susulan tindakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang mengiisytiharkan dirinya secara rasmi sebagai Pengerusi Harapan Baru Terengganu, Pas Terengganu mengambil keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan beliau lagi. 

Setiausaha Pas Kawasan Kuala Terengganu Mohd Soud@Said@Mat Ali berkata, keputusan itu diambil setelah hasil mesyuarat Pas Kuala Terengganu semalam.

"Pas kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat pada 1hb Ogos 2015 berpegang kepada perkeliling isu Harapan Baru yang dikeluarkan Pas Pusat bertarikh 29hb Julai 2015 rujukan: PAS/PA/2.01/15-17(8) antaranya tidak lagi mengabungkan diri, bekerjasama, memberi apa-apa jua bantuan atau kemudahan kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu," petik kenyataan rasmi Pas Kuala Terengganu hari ini.

Terdahulu, Kamarul Bahrin mengumumkan bahawa beliau sebagai Pengerusi Harapan Baru Terengganu dalam satu himpunan Harapan Baru pada 31 Julai 2014 di Jerteh, Terengganu. 


"Sebagaimana yang dimaklumi beliau (Raja Kamarul Bahrin)  diisytiharkan secara rasmi sebagai pengerusi GHB Terengganu dalam himpunan GHB di Jerteh, Besut pada 31 Julai lalu dan beliau  memperakui menerimanya," katanya dalam satu kenyataan.
GHB ditubuhkan beberapa pemimpin PAS yang kalah dalam pemilihan parti Jun lalu. Pergerakan itu  memohon untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Raja Kamarul Bahrin menang kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 10,785 undi atas tiket PAS mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Mohd Zubir Embong dan calon Bebas Maimun Yusof.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.