Pemain Brazil, Neymar (kiri) dicabar pemain pertahanan Mexico, Francisco Rodriguez dalam perlawanan peringkat Kumpulan A di antara Brazil dan Mexico di Stadium Castelao, Fortaleza
FORTALEZA: Brazil hanya mampu seri 0-0 dalam perlawanan dengan Mexico dalam saingan Kumpulan A di Stadium Arena Castelao di Fortaleza, awal pagi Rabu.
Keputusan ini menjadikan kedua-duanya, Brazil dan Mexico perlu mencari mata pada perlawanan akhir peringkat kumpulan.
Brazil akan bertemu Cameroon untuk perlawanan seterusnya manakala Mexico dijadualkan akan berdepan Croatia.
Fellaini (kiri) menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-70
Manakala BELGIUM pula menang 2-1 ke atas Algeria pada aksi perlawanan pembukaan kumpulan H Piala Dunia, awal pagi Rabu.
Skuad kendalian Marc Wilmots itu ketinggalan 1-0 pada babak pertama selepas pemain Algeria menjaringan gol pertama melalui sepakan penalti yang dilakukan oleh Sofiane Feghouli pada minit ke-25.
Namun tandukan penyamaan Maroune Fellaini pada minit ke-70 mengubah rentak permainan Belgium menguasai kubu pertahanan Algeria.
Sepuluh minit selepas itu, Dries Mertens memastikan kemenangan berpihak kepada mereka dengan melakukan percubaan di luar kotak penalti.
SENARAI PEMAIN:
Belgium: Courtois, Alderweireld, Kompany, Vertonghen, Witsel, De Bruye, Dembele, Lukaku, Hazard, Van Buyten, Chadli
Algeria: Mbolhi,Bougherra, Ghoulam, Halliche, Feghouli, Mediani, Bentaleb, Saudani, Taider, Mahrez, Mostefa
0 comments:
Post a Comment