Hangat Kembali: Kes Adi Putra Dengan Isteri Orang Dibuka Kembali - Pegawai Penyiasat Dikenakan Tindakan Tatatertib.. Ini Buktinya, Jom Terjah!!!

nooraida
Satu ketika dahulu, kes Adi Putra dengan isteri orang yang bernama Nooraida sangat hangat diperkatakan. Namun kebenaran terbukti apabila kes tersebut diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action). 
Walaupun begitu, suami Nooraida ketika itu, Amiruddin melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan yang diberikan dan menganggap bahawa siasatan kes itu tidak telus.
Malah Amiruddin turut memaparkan gambar penyiasat kes tersebut bersama Adi Putra yang pada dirinya, amat meragukan.
nooraida cerai
Tidak lama selepas itu, Nooraida telah pun diceraikan oleh Amiruddin dengan talak satu. Kontroversi kisah tersebut juga semakin malap dan tidak lagi menjadi topik perbualan orang ramai. 
Namun hari ini, Amiruddin telah berkongsi sekeping gambar di Instagram di mana menurutnya, pegawai penyiasat yang bertanggungjawab di dalam kes tersebut telah pun dikenakan tindakan tatatertib. 
Adakah ini bermakna dakwaan Amirrudn yang siasatan kes itu tidak telus adalah benar?
Apa pun menurut status yang dikongsikan oleh Amiruddin, peguamnya akan kembali membuka kes ini sekaligus akan menyaksikan Adi Putra disiasat sekali lagi. Tidak diketahui bilakah tarikh sebenar siasatan akan bermula. Semoga kali ini akan ada kebenaran yang dicari oleh kedua-dua belah pihak.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.