Uishhh Bestnya!!! 1,400 Pelajar Cemerlang Dalam Peperiksaan Terima RM500, Sapa Yang Bagi? Jom Terjah!!!



Kota Bharu: Seramai 1,400 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu bakal menerima sumbangan RM500 daripada kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, sumbangan itu membabitkan sejumlah peruntukan berjumlah RM700,000 yang disediakan khas sebagai bantuan kecemerlangan untuk pelajar.
Kerajaan negeri meneruskan tradisi menyalurkan bantuan kecemerlangan sejak 2006 kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM, STAM dan STPM sebagai menghargai kejayaan mereka.
Pelajar cemerlang anak negeri ini atau pelajar luar dari Kelantan tetapi menduduki peperiksaan itu di negeri ini layak menerima bantuan asalkan mereka memenuhi kriteria ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim, di sini, semalam.
Beliau berkata, ibu bapa boleh mendapatkan borang bantuan kecemerlangan di pejabat Yayasan Islam Kelantan mulai Ahad ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.