Terkini!!! Apa Motif Pendedahan Jabatan Pertahanan Amerika Belanja RM10.81 Juta Untuk Mencari Pesawat #MH370 Hingga Kini? Jom Terjah!!

MH370: Tentera AS belanja lebih RM10.8 juta

KUALA LUMPUR: Tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah berbelanja lebih AS$ 3.3 juta (RM10.81 juta) dalam usaha mencari dan menjejaki kehilangan pesawat Malaysia Airline (MAS) MH370, seperti yang dilaporkan agensi berita Reuters.

Menurut Jurucakap Pentagon pada Rabu dalam laporan tersebut, kini mereka telah membuat rancangan baru untuk menggandakan jumlah asal yang diperuntukkan iaitu AS$ 4 juta kepada dua kali ganda jumlah itu untuk operasi mencari.


Kolonel Steve Warren berkata, Jabatan Pertahanan telah membelanjakan AS$3.2 juta antara 8 Mac hingga 24 Mac bagi mencari Boeing  777-200ER itu yang hilang sejak tiga minggu lalu semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

“Bayaran ini adalah untuk segala kelengkapan kapal dan pesawat yang digunakan,” Warren memebritahu pemberita.

Katanya, dana sebanyak AS$4 juta itu telah diluluskan oleh Setiausaha Pertahanan, Chuck Hagel menerusi Dana Bantuan Bencana Kemanusiaan Luar Negara Pentagon.

Sejak misi pencarian pesawat malang itu tertumpu kepada selatan Lautan Hindi, sumbangan Pentagon kini dikurangkan kepada menghantar beberapa pesawat peninjau P-8 Tentera Laut ke Perth, Australia.

“Dana bagi misi pencarian itu kini diberikan kepada Operasi Tentera Laut dan Penyelenggaraan bajet. Antara 25 Mac hingga 31 Mac, pasukan tentera laut telah membelanja AS$ 148,300 (RM485,905) untuk menerbangkan pesawat P-8 menuju ke Lautan Hindi,” tambahnya.

Pentagon turut memberi respon kepada permintaan Malaysia untuk menyediakan kelengkapan mencari dalam laut dengan menghantar ‘Towed Pinger Locator’ selain kenderaan dalam air, ‘Bluefin-21’.

Kedua-dua peralatan ini digunakan untuk mendengar bunyi ‘ping’ yang dipancarkan oleh perakam data penerbangan pesawat.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur.


Read more:astroawani.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.