Terkini!! Keputusan Rasmi Terjawab - BN Pertingkatkan Majoriti Sebanyak 158 Undi Berbanding PRU 13.. Jom Terjah!!!

KUALA BESUT – Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Kuala Besut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini dengan majoriti 2,592 undi.
Kemenangan berkenaan memang sudah dijangkakan banyak pihak, namun peningkatan majoriti sebanyak 158 undi berbanding 2,434 pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu disifatkan sebagai satu keputusan yang baik.


Ini kerana ia membawa makna cukup besar apabila BN secara tidak langsung kekal memerintah Terengganu dengan 17 kerusi berbanding Pakatan Rakyat 15.
Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman memperoleh 8,288 undi manakala lawannya dari PAS, Endot@Azlan Yusof memperoleh 5,696 undi.
Keputusan pilihan raya itu diumumkan Pengurus Pilihan Raya A. Rahim Yusof di Dewan Serbaguna Kompleks Rakan Muda Daerah Besut.
PRK Kuala Besut yang berakhir pada 5 petang tadi menyaksikan seramai 13,188 pengundi atau hampir 80 peratus keluar mengundi.
Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, peratusan keluar mengundi bagi DUN Kuala Besut ialah 86.7 peratus.
Lapan pusat mengundi dibuka untuk PRK Kuala Besut itu dan akan ditutup pada pukul 5 petang kecuali di SK Pulau Perhentian ditutup pukul 3 petang.
Proses demokrasi itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.
Pada PRU13 5 Mei lepas, Dr A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS, Napisah Ismail.
PRK Kuala Besut juga menyaksikan pengundi mencelup jari ke dalam dakwat kekal, berbanding kaedah mencalit pada kuku semasa pilihan raya umum Mei lalu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.