AL-Fatihah: Seniwati Umi Kalthom Juga Isteri Kepada Pelakon, Allahyarham S Roomai Noor Kembali Ke Rahmatullah Awal Pagi ini..

Allahyarhamah Seniwati Umi Kalthom


SUBANG JAYA – Seniwati Umi Kalthom, 81, atau nama sebenarnya Patimah Bahudin meninggal dunia awal pagi tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediaman anak sulungnya di Taman Melawati, kira-kira 4 pagi.
Seniwati berkenaan dilapor meninggal dunia dalam keadaan tidur dan perkara itu  hanya disedari anggota keluarga sewaktu mengejutkannya untuk bangun bersahur.
Beliau merupakan anak kelahiran Lenggeng, Negeri Sembilan.
Allahyarham dijangka dikebumikan di tahan perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang sebelum solat Zohor.
Dalam pada itu, ahli keluarga memaklumkan bahawa arwah tidak menghidap sebarang penyakit kritikal, malah masih cergas walaupun usianya sudah mencecah 81 tahun.
Anak Umi Khaltom, Noorkumalasari yang dihubungi mStar online memaklumkan bahawa ibunya tidak meninggalkan apa-apa pesan.
Bagaimanapun katanya, selepas kematian suami iaitu pelakon S Roomai Noor kira-kira 17 tahun lalu di Mekah, Allahyarham kerap berkunjung ke Tanah Suci itu seolah-olah mahu melepaskan rindu kepada suami.
Semasa hayatnya Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin telah berlakon lebih 20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.
Wataknya jahatnya sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah yang digandingkan dengan Latifah Omar benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton.
Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh sebuah majalah di Australia.
Hasil perkahwinan Allahyarham dengan S Roomai Noor, beliau meninggalkan lapan orang anak, 22 orang cucu dan seorang cicit.
Seorang lagi anak Allahyarham ialah penyanyi Anita Sarawak hasil perkahwinan pertama S Roomai Noor dengan seniwati Siput Sarawak.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.