Video Panas!!! Shahz Jaszle Beri Penjelasan Isu Khalwat.. Tunangnya Tetap Setia.. Jom Terjah!!!


Pasti ada antara anda yang terlepas menonton program hangat mingguan di TV3, Melodi semalam dan buat pertama kalinya Shahz Jaszle muncul di kaca televisyen memberikan penjelasan tentang isu khalwat.
Krew Melodi yang datang ke lokasi penggambaran Shahz Jaszle telah mendapatkan penjelasan terus dari empunya badan & yang lebih menarik tunang beliau, Redzwani Puteri turut berada di lokasi ketika itu.
Shahz Jaszle dalam penjelasan beliau sekali lagi mengatakan yang beliau bukan berdua ketika tangkapan berlaku tetapi berlima tetapi hairan kerana beliau & gadis tersebut sahaja yang didakwa berkhalwat.
Wartawan Melodi, Michelle ada bertanyakan siapakah yang membuat panggilan kepada pihak berkuasa sehingga Shahz Jaszle boleh tertangkap khalwat pada malam tersebut.
“Berita yang kita orang dapat, orang dalam rumah itu juga. Itu yang kelakar sekarang ni — kita tengan mencari bukti, kita taknak tuduh melulu ‘kan?” jawab Shahz Jaszle berkaitan perkara itu.
Sepanjang video, seperti yang ramai sudah tahu, Redzwani Puteri memang kekal tenang menjawab soalan & memberikan penjelasan dari pihak beliau berkenaan isu tangkapan khalwat tunangnya ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.