GEMPAR!!! Pendakwah Terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) Bakal Diangkat Sebagai Calon Pas DUN Kuala Besut? Jom Terjah!!!

Kekosongan kerusi DUN Kuala Besut berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar dilihat memberi talian hayat kepada Pas untuk menawan semula Terengganu selepas tewas pada PRU13. 

Malah, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Pas berpeluang menawan DUN Kuala Besut, namun bergantung kepada calon diletakkan nanti. 


Katanya, Pas perlu letak calon ‘heavyweight’ kerana DUN Kuala Besut kubu kuat Umno dan pastinya BN akan meletakkan calon berwibawa. 

Baik bila bercakap soal ‘heavyweight’ ini, dah mula dengar cakap-cakap dan komen dalam internet yang mula mengaitkan nama pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai calon Pas di kerusi itu. 

UAI seperti yang kita tahu memang penyokong kuat Pas dan kerap dilihat memberi sokongan terbuka kepada kepimpinan parti berkenaan. 

Malah dia adalah duta Pemuda Pas Terengganu pada PRU-13 lalu. Cuma yelah, UAI sebelum ini pernah menolak untuk bertanding atau diberi pencalonan bertanding dalam pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil. 


Dalam erti kata lain, mungkin dia lebih selesa di platform sekarang iaitu menjalankan kerja dakwahnya. 

- terengganu today

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.