BERAPI!!! (Gambar2) Tahniah Buat Pasukan Kelantan Bergelar Juara Piala FA Menewaskan JDT Di Bukit Jalil... Jom Terjah!!!

PEMAIN Kelantan meraikan kemenangan apabila bergelar juara Piala FA Malaysia sekaligus memepertahankan trofi yang di julang musim lalu selepas menewaskan pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pemain Kelantan meraikan jaringan gol pertama oleh Mohd Norfarhan pada minit ke-16. Kelantan dahuli JDT 1-0. 
KUALA LUMPUR: Pasukan Kelantan sekali lagi bergelar juara Piala FA Malaysia sekaligus memepertahankan trofi yang di julang musim lalu selepas menewaskan pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.
Kemenangan tipis pasukan Kelantan itu hasil jaringan Mohd Nor Farhan pada minit ke-16 permainan.

Babak pertama perlawanan menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak itu menguasai permainan dengan beberapa serangan berbahaya yang dilakukan Ahmad Fakri Shaarani serta Dickson Nwakaeme.
Skuad Singa Selatan yang dikemudi Fandi Ahmad gagal memecah benteng pertahanan Kelantan di mana penyerang sensasinya, Nor Shahrul Idlan Talaha dikawal rapi rakan-rakan bekas pasukannya itu.
Kemenangan tipis pasukan Kelantan itu hasil jaringan Mohd Nor Farhan pada minit ke-16 permainan. 
Sementara itu, kelibat Safee Sali hanya dapat dilihat sehingga minit ke-17 sahaja selepas dikeluarkan kerana kecederaan dan diganti dengan Leonel George Nunez.
Selain itu, separuh masa kedua menyaksikan permainan seimbang Dengan kedua-dua pasukan cuba melakukan serangan balas.
Tiada perubahan pada babak kedua dengan menyaksikan keputusan kekal 1-0 sehingga tamat permainan.
Pemain JDT, Mohd Safee Sali (tengah) bertarung dengan pemain Kelantan, Mohd Shakir Shaari (kanan) pada aksi final Piala FA Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil. 
Lebih manis, kapten pasukan Kelantan, Badhri Radzi atau Piya dipilih sebagai Pemain Terbaik perlawanan.
Aksi ini merupakan kali keempat Kelantan mara ke final selepas tahun 2009, 2011 dan 2012.
Manakala Johor kali terakhir menjulang trofi ini pada tahun 1998.
Aksi perlawanan akhir ini disaksikan 87,000 penonton yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil.

GOL KELANTAN JARINGAN MOHD NORFARHAN

Senarai Pemain:
KELANTAN
Azizi Matt Rose, Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim, Mohd Shakir Shaari, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Norfarhan, Mohd Daudsu, Badhri Radzi, Khairul Fahmi Che Mat, Dickson Nwakaeme, Zairul Fitree
JOHOR DARUL TAKZIM
Muhd Al-Hafiz, Kamarul Afiq, Agmad Tharmini, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Andre Francisco, Nurl Azwan Roya, Mohd Safee Sali, Muhd Nazri Ahmad, Jasazrin Jamaluddin, Mohd Farid Ramli

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.