Terkini!! Mantan MB Kedah, DS Ustaz Azizan Diziarahi Presiden PAS... Esok Akan Jalani Pembedahan Potong Kedua Kaki Elak Jangkitan Merebak.. Doakan Yang Terbaik..



Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang beredar dari bilik CCU selepas menziarahi Azizan di Hospital Pulau Pinang
ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dijadualkan menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya di Hospital Pulau Pinang pada Jumaat.
Bekas Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata doktor telah memberitahu ahli keluarganya bahawa kaki Azizan perlu dipotong bagi mengelakkan jangkitan di kaki beliau merebak ke bahagian anggota badan yang lain.
"Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan," katanya ketika dihubungi.

Azizan, 69, dipindahkan daripada hospital swasta di sini ke Hospital Pulau Pinang pada pukul 4 petang Selasa selepas mengalami jangkitan virus yang serius di bahagian kakinya.
Helmi turut menjelaskan bahawa Azizan dimasukkan ke hospital kerana penyakit diabetes dan bukannya serangan jantung.
Azizan jatuh koma pada 5.30 petang Rabu namun kembali sedar pada pukul 9 pagi Khamis.
Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melawat Azizan di Hospital Pulau Pinang, meminta semua umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa agar Azizan cepat sembuh.
Turut menziarah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Azizan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pertembungan empat penjuru dengan calon Barisan Nasional, Mohd Fazillah Mohd Ali dan dua lagi calon Bebas, Sobri Ahmad dan Abdullah Hashim.
Azizan memperoleh 13,294 undi manakala Mohd Fazillah yang juga sepupunya mendapat 10,520 undi.
Sobri dan Abdullah masing-masing mendapat 100 dan 84 undi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.