PANAS!!! Gambar2 "Himpunan Bebaskan Adam Adli" Di Balai Polis Jinjang Dan Pasukan Polis & FRU Bertindak.. Jom Terjah!!!


Susulan perhimpunan Bebaskan Adam Adli di sekitar balai polis Jinjang semalam untuk menyatakan sokongan terhadap aktivis pelajar Adam Adli, seramai 18 orang telah ditangkap sewaktu program nyalaan lilin yang terdiri daripada 14 lelaki termasuk Peter Chong, pembantu Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan empat orang wanita.


Setelah kejadian tersebut rakyat kembali berkumpul di perkarangan lokap Jinjang Utara dan meneruskan demonstrasi aman. Sebelum itu Dr Dzulkifli mewakili pemimpin PR berunding dengan polis untuk membolehkan wakil pemimpin dan peguam melawat mereka yang ditahan.





Perbincangan itu mencapai kata sepakat dengan polis membenarkan tiga pemimpin PR dan tiga peguam untuk menemui 18 tahanan tersebut tetapi di saat-saat akhir pihak polis hanya membenarkan seorang pemimpin dan seorang peguam sahaja menemui mereka. Mereka yang ditahan terdiri daripada 15 orang berketurunan cina dan tiga berketurunan melayu.


Turut ditahan ialah Kenny Teh yang mengalami kecederaan di mulut dipercayai akibat pergelutan dengan polis. Kenny dilaporkan ditangkap ketika bersama rakan-rakan menyalakan lilin sebagai menyatakan sokongan kepada Adam Adli.

Satu sumber lain menyatakan bahawa Kenny Yeh tidak ditangkap tetapi mengalami kecederaan kerana cuba menghalang polis daripada menangkap seorang demonstrani berketurunan melayu, dipetik Wasukalu.








0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.