Hangat!!! (Video) Tian Chua, Haris Ibrahim & Tamrin Ghafar Ditahan.. Ada sesuatu Disebaliknya.. Jom Terjah!!!



PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, beliau telah ditahan oleh pihak polis di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Beliau berkata demikian menerusi Twitternya bahawa beliau ditahan di LCCT sebelum melalui pemeriksaan keselamatan untuk menaiki penerbangan, Khamis.

Haris Ibrahim
Beliau percaya sedang dibawa ke Balai Polis Jinjang.
Sementara itu, aktivis Haris Ibrahim juga telah ditahan oleh pihak polis berkaitan forum 13 Mei yang menyaksikan aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim yang didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan.
Difahamkan Haris telah ditahan semasa sedang makan tengah hari di Segambut dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.
Tamrin Ghafar
Datuk Tamrin Ghafar yang juga anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba memberitahu beliau juga ditahan dan dibawa ke Balai Polis Jinjang

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.