Kantoi!! SPR Dakwa Gambar Fitnah, ADUN Seri Serdang Ada Jawapannya.. Jom Terjah!!!


Gambar yang sama tetapi telah dicerahkan dan menampakkan petugas SPR dengan jelas memakai baju SPR serta tag nama. Kotak atau dulang juga jelas tertera logo SPR pada bahagian tepi.

Kelihatan juga pegawai polis beruniform yang bertugas. Ketika ini proses pengasingan kertas undi sedang dijalankan. Apakah semua ini lakonan seperti dakwaan SPR?. Nampak sangat SPR tipu isu ini. Sahlah Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad membuat kenyataan palsu. 



Gambar yang ditunjukkan Wan Ahmad adalah asli dan kejadian elektrik padam tersebut benar-benar berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang, di bilik pengiraan undi Saluran 3. Ia diakui oleh calon PAS untuk kerusi Seri Serdang, Noor Hanim di mana tempat berlakunya insiden tersebut dan gambar tersebut diambil oleh Counting Agent calon tersebut.

" Counting agent kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku.”“Saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.”

"SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti,” kata Noor Hanim.

Berikut adalah kenyataan medianya..

GAMBAR LAKONAN BLACKOUT 505: MENYANGKAL DAKWAAN SPR 

Saya mengecam kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.Ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku.

Saya ingin menyatakan bahawa gambar yang tersebar tersebut adalah benar dan kejadian itu berlaku di SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG, di bilik pengiraan undi Saluran 3.“Counting Agent” kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku.Saya juga melihat beberapa kelemahan Timbalan Pengerusi SPR dalam menilai beberapa aspek dikatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) SPR sewaktu hari mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu.

Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut.Saya juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri.Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan.Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon kami juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar.

Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas.Oleh itu, saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti.

YB NOOR HANIM ISMAL
ADUN SERI SERDANG.
25 Mei 2013 / 15 REJAB 1434

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.