Syabas!!! Zahrain Telah Kembali Sertai Umno Semula,



Bekas pemimpin KEADILAN, Zahrain Mohamed Hashim hari ini menyerahkan surat sokongan kepada Perdana Menteri, Najib Altantuya menyatakan niatnya untuk menyertai semula Umno, lapor The Star Online.

Beliau dilaporkan membawa bersama 346 ahli yang kununnya dikatakan dari Cabang KEADILAN Bayan Baru, Jelutong dan Bukit Gelugor.

Menurut akhbar dalam talian berbahasa Inggeris itu lagi, surat hasrat telah diserahkan kepada Najib selepas majlis makan tengah hari awam di pejabat Umno Bahagian Bayan Baru.


Bekas pemimpin KEADILAN keluar dari parti itu pada Februari 2010, dan menjadi ahli parlimen bebas mesra-BN.

Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut disertai oleh bekas Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang meletak jawatan dari parti itu pada tahun 2007.

Selepas acara itu, Zahrain dilaporkan berkata orang Melayu kununnya tidak mempunyai pilihan selain menyokong Umno kerana parti adalah satu-satunya kumpulan yang melindungi kepentingan mereka.

Di majlis yang sama, bekas pemimpin Pemuda PAS negeri Hafiz Nordin telah menyerahkan memorandum kepada Najib Altantuya menggesa beliau supaya melindungi prinsip-prinsip Islam di negara ini.

Selain Zahrain, turut keluar dari parti itu kununnya sudah hilang kepercayaan terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ialah ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Shamsuri, ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dan ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

Kesemua mereka dikatakan mempunyai masalah kewangan peribadi dan sejurus keluar dari KEADILAN, masing-masing menjadi jutawan segera setelah dijanjikan habuan lumayan jutaan ringgit bagi melunturkan semangat perjuangan rakyat terhadap pengkhianat agama, bangsa dan negara iaitu Umno.

Contoh paling nyata ialah kemampuan Gobalakrishnan membeli dua keping tanah bernilai RM1.4 juta beberapa hari selepas keluar dari KEADILAN pada Mac tahun lalu yang sehingga ke hari ini yang gagal dijelaskannya. 


Jalan Pulang

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.