(GAMBAR2) Majlis Pernikahan Betty Banafe Dan Bruce Dargus, Jejaka Arab.. Jom Terjah!!

Dengan sekali lafaz Betty Banafe selamat menjadi isteri kepada Bruce Dargus yang telah berlangsung pada pukul 2 petang tadi. Majlis tersebut berlangsung di sebuah villa di Kempas, Johor. Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah Johor Bahru, Ustaz Ahmad Faizal dengan berwakil wali adik lelaki Betty: Rifqi Benafe. Mas kahwin pasangan ini ialah sebentuk cincin.Gambar Majlis Pernikahan Betty Benafe & Bruce Dargus.
 
Betty Banafe Dan Bruce Dargus dimajlis pernikahan 


Betty Benafe yang mengenakan busana putih tema Arab, menerima 5 dulang hantaran iaitu telefon bimbit Samsung S3, sebuah Macbook Air, sebuah Apple TV, telekung dan tepak sirih. Bruce Dargus pula segak mengenakan sut menerima 7 dulang hantaran: Al-Quran digital, sehelai songket, set wangian lelaki, tepak sirih, buah-buahan, sejadah dan sirih junjung. 


Upacara akad nikah Majlis Betty Banafe Dan Bruce Dargus





Majlis pernikahan yang dihadiri oleh lebih 300 tetamu jemputan antaranya VVIP dan pihak media ini turut diserikan dengan kehadiran sanak saudara Betty Benafe yang berasal daripada Indonesia.

Majlis persandingan mereka dikatakan akan berlangsung pada 12 Disember 2012 (Rabu) di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru. Kredit gambar kepada Saza Studio.

Kredit: cthoney

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.